Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bangunkan Varian Terbaru F-35 Untuk Negara “Misteri”

Siapakah pelanggan misteri kerajaan Amerika Syarikat yang bakal menerima varian terbaru F-35. Mengapa Amerika Syarikat enggan mendedahkan identiti negara misteri itu?

0 3,439

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Lockheed Martin yang membangunkan pesawat halimunan generasi ke-5, F-35 Joint Strike Fighter telah dianugerahkan kontrak untuk merekabentuk  varian F-35 yang baru untuk “satu pelanggan misteri yang tidak didedahkan identitinya.”

Siapakah negara misteri yang enggan dinamakan Amerika Syarikat itu. Adakah negara misteri itu adalah Israel, Singapura atau Jepun?

Kontrak bernilai US$49 juta (RM200 juta) itu telah dianugerahkan oleh U.S Naval Air System Command bagi kerja-kerja kejuruteraan dan pelbagai aktiviti berkaitan untuk menyokong pembangunan dan rekabentuk varian pesawat F-35 untuk satu pelanggan luar.

 Kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan identiti pelanggan luar negara yang akan menerima varian pesawat F-35 yang baru itu. Bersungguh-sungguh Washington mahu melindungi identiti negara “misteri” itu.

Kerja-kerja kejuruteraan dan pelbagai aktiviti pembangunan serta rekabentuk varian pesawat F-35 yang baru itu dijangka akan selesai pada tahun 2026 dan dilakukan di bawah program Foreign Military Sales (FMS) kerajaan Amerika Syarikat.

F-35 JSF

Menurut para penganalisis, varian pesawat F-35 yang baru akan berlainan daripada F-35B atau F-35C tetapi tidak akan jauh berbeza daripada varian pesawat itu yang digunakan oleh Israel iaitu F-35I yang mengubahsuai avionic-nya.

Pada ketika ini, syarikat Lockheed Martin telah menghasilkan kira-kira 1,000 pesawat F-35 untuk tentera Amerika Syarikat serta sekutu-sekutunya di seluruh dunia, menjadikannya pesawat generasi ke-5 yang paling banyak digunakan oleh tentera udara.

Pesawat F-35 merupakan pesawat halimunan generasi ke-5 yang kedua digunakan oleh sesebuah tentera udara selepas F-22 Raptor yang juga digunakan oleh Amerika Syarikat tetapi tidak dieksport kepada negara luar.

 Pesawat halimunan generasi ke-lima yang ketiga yang telah digunakan oleh sesebuah negara adalah J-20 “Mighty Dragon” China.

F-35 JSF

Pada ketika ini, pesawat-pesawat halimunan F-35 beroperasi daripada 21 pangkalan udara di seluruh dunia.

Negara terbaru pengguna pesawat F-35A adalah Finland yang mengumumkan baru-baru persetujuaannya untuk membelanjakan lebih US$9  bilion (RM36 bilion) untuk mendapatkan 64 buah pesawat halimunan generasai ke-5 itu untuk tentera udaranya.

F-35 JSF

 

—  DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...