Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia, Perancis Tandatangani Perjanjian Awal Pembelian 36 Buah Rafale – Laman Web

Ia dilaporkan oleh laman web di Indonesia, Airspace Review, dengan perjanjian itu dilaporkan telah ditandatangani pada Isnin lepas dan akan berkuasakuasa mulai Disember tahun ini.

2,691

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia dan Perancis dilaporkan telah menandatangani perjanjian awal dipanggil “come into force” berkenaan pembelian 36 buah pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh firma Dassault Aviation daripada Perancis.

Ia dilaporkan oleh laman web di Indonesia, Airspace Review, dengan perjanjian itu dilaporkan telah ditandatangani pada Isnin lepas dan akan berkuasakuasa mulai Disember tahun ini.

Walaupun kontrak awalan “come into force” itu telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak, namun ia bukanlah suatu jaminan bahawa pembelian Rafale itu akan berlaku kerana banyak perkara belum dapat diputuskan lagi setakat ini.

Pembelian pesawat Rafale itu mungkin akan berlaku atau ia tidak berlaku, tetapi sekurang-kurangnya langkah pertama telah pun bermula.

“Perjalanan Indonesia untuk mendapatkan pesawat Rafale dari Perancis memang masih panjang,” kata laman web itu lagi.

Rafale
Pesawat Omnirole Rafale buatan Dassault Aviation mampu membawa pelbagai jenis senjata moden.

 

Malah sehingga kini, Jakarta dan Paris masih lagi belum mencapai kata sepakat tentang beberapa isu penting tentang pembelian pesawat pejuang itu, seperti perkara timbal balik, kandungan barangan local atau offset dan lain-lain lagi.

Undang-undang Indonesia mewajibkan sebarang pembelian aset-aset pertahanan dan keselamatan daripada luar negara mesti disertai dengan offset.

Pada Disember tahun lepas, akhbar Perancis La Tribune mendedahkan tentang hasrat Indonesia untuk membeli 48 buah pesawat pejuang Rafale itu.

Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto turut telah berkunjung ke Paris dimana soal pembelian pesawat pejuang Rafale itu turut disentuh.

Akhbar Perancis itu bagaimanapun tidak mendedahkan versi pesawat Rafale yang bakal diperolehi oleh Indonesia itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.