Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Pantau Pelayaran Kapal Penjejak Pelancaran ICBM/Satelit Milik China

Kedua-dua kapal itu dikenali dengan nama “Da Yang Hao” dan “Yuan Wang 6”.

0 2,105

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, pihak Tentera Laut Indonesia telah membuat pemantauan (shadow) terhadap pelayaran dua buah kapal milik China yang menjalankan tugas-tugas yang amat khusus.

Kedua-dua kapal itu dikenali dengan nama “Da Yang Hao” dan “Yuan Wang 6”.

Da Yang Hao
Kapal penyelidikan laut dalam milik China “Da Yang Hao.”

 

Mengapa kedua-dua kapal itu menarik perhatian pihak berkuasa? Ia adalah kerana “Da Yang Hao” adalah sebuah kapal yang direkabentuk untuk menjalankan penyelidikan berkenaan sumber marin dan laut dalam.

Adakah “Da Yang Hao” sedang dalam misi untuk memeta lebih banyak dasar-dasar perairan untuk memudahkan kapal-kapal selam China mencari jalan-jalan yang bersesuaian untuk mengelak ia dikepung ketika waktu konflik bersenjata?

Jikalau “Da Yang Hao” itu dianggap menarik, maka kehadiran kapal “Yuan Wang 6” adalah lebih menarik kerana ia bukan kapal yang sembarangan kerana hanya negara-negara kuasa besar (yang mempunyai program pelancaran satelit/ICBM)  sahaja memilikinya.

“Yuan Wang 6” ini dikategorikan sebagai kapal “penjejak dan pemantau pelancaran satelit dan peluru berpandu ballistik ” sama ada oleh China serta negara lain.

Adakah pelayarannya untuk memantau pelancaran mana-mana satelit atau peluru berpandu balistik oleh mana-mana negara?

Yuang Wang 6

Disebabkan oleh “tugasnya” itulah telah menjadikan pelayaran kapal terbabit amat menarik untuk diikuti dan dipantau.

Menurut beberapa laporan,  sebelum belayar di Laut Jawa untuk menuju ke Selat Sunda, kapal yang membawa beberapa parabola yang besar itu telah berlabuh selama enam hari berhampiran dengan Singapura (berkemungkinan untuk mendapatkan bekalan sebelum memulakan perjalanan yang jauh).

Ia mungkin ke Selat Sunda kerana mahu ke Lautan Hindi kerana selat itu merupakan laluan yang menghubungkan Laut China Selatan dengan lautan yang luas itu.

Tujuan kapal “space and missile tracking” itu ke Lautan Hindi itu juga telah menimbulkan spekulasi oleh pelbagai pihak yang amat berminat untuk mengetahui objektif pelayarannya kali ini.

Kapal “Yuang Wang 6” itu mempunyai “adik-beradik”yang ramai juga bermula daripada Yuang Wang 1, Yuang Wang 2, Yuang Wang 3, Yuang Wang 4, Yuang Wang 5, Yuang Wang 7 dan Yuang Wang 21 serta Yuang Wang 22.

Yuang Wang 6

Kesemua kapal kelas-“Yuang Wang” itu adalah “satellite and missile tracking ships” kecuali “Yuang Wang 21” dan “Yuang 22” yang mengangkut roket Long March.

Bagi “Yuang Wang 6”, ia mula dibina pada 2006 dan mula memasuki perkhidmatan pada 2008.

Kapal seberat hampir 25,000 tan itu membawa kira-kira 300 orang anak kapal dan disebabkan fungsinya yang amat spesifik dengan membawa buah parabola yang besar bertujuan menjejak pelancaran satelit serta peluru berpandu balistik, maka ia memerlukan bekalan tenaga yang amat besar.

Dikatakan bekalan tenaga di kapal “Yuang Wang 6” ini mampu menjana sebuah bandar dengan kira-kira 300,000 penduduk.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...