Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Enam Buah Kapal Perang China, 240 Bot Militia Maritim Dikesan Dlm Perairan Filipina

Kapal-kapal tentera laut China  yang dikesan berada di dalam perairan Filipina itu terdiri daripada dua buah kapal serang laju peluru berpandu kelas-Houbei, sebuah kapal perang korvet dan sebuah bot tunda.

0 2,402

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Rondaan oleh agensi-agensi keselamatan Filipina telah mengesan kehadiran sekurang-kurang enam buah kapal tentera laut China di dalam perairan Filipina pada ketika ini.

Kapal-kapal tentera laut China  yang dikesan berada di dalam perairan Filipina itu terdiri daripada dua buah kapal serang laju peluru berpandu kelas-Houbei, sebuah kapal perang korvet dan sebuah bot tunda.

Houbei
Pihak berkuasa Filipina turut menemui kapal-kapal serang laju peluru berpandu kelas-Houbei di dalam perairan Filipina,

 

Selain itu rondaan oleh pihak keselamatan Filipina turut mengesan dua lagi kapal tentera laut China berada di Bajo de Masinloc.

“Kesemua kapal-kapal tentera laut China yang dikesan itu menyumbang kepada usaha menjadikan perairan terbabit sebagai kawasan suatu kawasan tentera,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh National Task Force-West Philippine Sea (NTP-WPS) Filipina.

Kapal-kapal tentera laut China itu dipercayai bertujuan memberi jaminan keselamatan kepada bot-bot nelayan/militia maritim negara itu.

Dalam rondaan itu pihak berkuasa Filipina juga menganggarkan terdapat 240 bot militia maritim China dikesan berada beberapa bahagian di dalam perairan Filipina.

“Hasil daripada rondaan terkini yang dilakukan oleh pihak berkuasa Filipina pada 11 April,  mereka mendapati terdapat 240 bot-bot milik China berada di dalam perairan negara itu,” menurut kenyataan oleh NTP-WPS.

whitsun
Terumbu Karang Julian Felipe/Whitsun Reef yang terletak di dalam perairan EEZ Filipina.

 

Antaranya adalah pihak berkuasa Filipina mengesan 136 bot milik Filipina di Terumbu Karang Burgos, sembilan buah bot di Terumbu Karang Julian Felipe dan 65 buah bot di Terumbu Karang Chigua.

Pihak berkuasa Filipina menganggarkan setiap satu bot terbabit boleh menangkap sekurang-kurang 1 tan hasil perikanan milik negara itu atau 240 tan (240,000 kg) bagi kesemua 240 bot yang dikesan berada di dalam perairan negara itu ketika ini.

Ia menyebabkan Filipina menanggung kerugian yang amat besar daripada hasil perikanan.

Pihak berkuasa negara itu juga menyatakan nelayan-nelayan haram Filipina mencuri kerang-kerang gergasi (giant clams) di Pulau Pag-asa.

Beberapa hari lepas, Kementerian Luar Filipina telah memanggil Duta China ke negara itu bagi menyampaikan bantahan tentang kehadiran jumlah yang tinggi bot-bot dan kapal-kapal milik China di perairan negara itu terutamanya di Terumbu Karang Julian Felipe./Whitsun Reef.

Bagaimanapun Beijing telah menafikan bahawa kapal-kapal miliknya menceroboh perairan Filipina atau bot-bot yang dikesan itu dioperasikan oleh militia maritime.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...