Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Ikut Jejak Malaysia Guna Pesawat Airbus A400M “Atlas”

Jakarta menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Malaysia serta ke-10 di dunia menjadi pengguna pesawat pengangkut moden itu.

4,304

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia mengikut jejak langkah Malaysia dengan memperolehi dua buah pesawat Airbus A400M Atlas di dalam varian pesawat pengisi minyak (multirole tanker) dan pesawat pengangkut, menjadikan ia negara export ketiga menggunakan pesawat keluaran syarikat Airbus itu.

Dengan itu, Jakarta menjadi negara kedua di Asia Tenggara serta ke-10 di dunia menjadi pengguna pesawat pengangkut moden itu.

Menurut Airbus, kontrak bagi kedua-dua pesawat effektif pada tahun depan dan turut termasuk pakej penyelenggaran dan latihan yang komprehensif.

Buat masa ini, syarikat dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) tidak mendedahkan nilai pembelian kedua-dua pesawat itu serta tempoh pesawat itu akan diserahkan kepada negara jiran kita itu.

Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral Probowo Subianto berkata, kedua-dua pesawat A400M Atlas itu akan menjadi aset paling penting bagi Tentera Udara Indonesia dalam misi-misi bantuan kemanusiaan dan bencana alam.

Kapal Pengangkut
Pesawat pengangkut A400M “Atlas” TUDM

 

Syarikat Airbus juga menyatakan bahawa ia juga telah menandatangani Letter Of Intent (LOI) dengan pihak Indonesia tentang kemungkinan untuk memperolehi lagi empat buah pesawat A400M Atlas untuk digunakan bagi pelbagai misi lain termasuk memadam kebakaran.

Pengumuman Indonesia untuk memperolehi dua buah pesawat A400M Atlas itu menyusul keputusan oleh Kazakhstan untuk membeli dua buah pesawat pengangkut terbabit.

Malaysia mula menggunakan empat buah pesawat A400M Atlas yang mula diterimanya pada tahun 2015, dengan No 22 Skuadron mengoperasikannya.

Usaha untuk memodenkan kemampuan pengangkutan TNI-AU dilancarkan pada 2018 sejurus selepas kejadian gempa bumi pada 7.5 pada skala Richter dan bencana Tsunami yang melanda Sulawesi.

Semasa misi kemanusiaan di Sulawesi, pesawat pengangkut A400M milik TUDM menjadi pesawat pengangkut yang berjaya mendarat di landasan di Palu, membawa barangan keperluan yang penting seperti traktor, lori tangka minyak,  makanan, pakaian dan bahan perubatan.

Kapal Pengangkut

Bantuan misi kemanusiaan merupakan sebab utama di sebalik keputusan Indonesia untuk membeli dua buah pesawat A400M Atlas itu.

Selain dua buah pesawat A400M Atlas itu, Indonesia turut memperolehi lima buah pesawat pengangkut Hercules C-130J-30 daripada syarikat Lockheed Martin pada September lepas.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.