Indonesia Kerah “Pasukan Setan” Ke Papua Selepas Pembunuhan Pegawai Kanan Tenteranya
Menurut laporan media negara itu, pegawai kanan tentera Indonesia telah pun memaklumkan kepada “Pasukan Setan” tentang misi mereka di Papua selepas ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari selepas pembunuhan Kepala Badan Intelligen Negara (BIN) daerah Papua iaitu Brig Jen Gusti Putu Danny Karya Nugraha, pihak tentera Indonesia telah bertindak mengerah pasukan elitnya yang dikenali dengan nama “Pasukan Setan” ke wilayah bergolak itu.
Menurut laporan media negara itu, pegawai kanan tentera Indonesia telah pun memaklumkan kepada “Pasukan Setan” tentang misi mereka di Papua selepas ini.
“Pasukan Setan” itu merujuk kepada pasukan elit Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) iaitu Yonif 315/Garuda.
Sebagai pasukan elit di dalam tentera darat Indonesia, Yonif 315/Garuda atau “Pasukan Setan” itu pernah terlibat dalam pelbagai misi yang merbahaya dan berisiko tinggi seperti menentang kelompok pemisah dalam Operasi Seroja di Timor Timur serta di Acheh.
“Pasukan Setan” ini berpengkalan di Gunung Batu, Bogor, Jawa Barat.
Dalam kejadian yang menggemparkan Indonesia, Brig Jen Gusti Putu Danny Karya Nugraha maut selepas ditembak di bahagian kepala oleh Kelompok Kriminal Bersenjata/Separatis Papua (KKB) di daerah Beoga, Papua.
Pegawai kanan tentera Indonesia itu terlibat dalam satu rondaan bersama antara anggota BIN dan POLRI di KP Dambet di Papua sebelum dihalang oleh Kelompok Kriminal Bersenjata/Separatis Papua sehingga menyebabkan insiden tembak-menembak.
“Dalam insiden tembak-menembak itu telah mengakibatkan kematian Brig Jen Gusti,” menurut kenyataan.
Brig Jen Gusti bersama pegawai-pegawainya bergerak ke KP Dambet untuk meninjau kejadian pembakaran bangunan dan sekolah dipercayai oleh Kelompok Kriminal Bersenjata Papua.
Tidak lama selepas kejadian itu,Presiden Joko Widodo telah mengarahkan Panglima TNI dan Polri untuk menangkap kesemua anggota kelompok criminal bersenjata itu sama ada di Papua atau seluruh Indonesia.
Selepas kejadian pembunuhan Brig Jen Gusti, pihak Indonesia turut mengkategorikan KKB di Papua sebagai kelompok pengganas/terroris.
Comments are closed.