Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Lihat Bagaimana Ujian Peluru Berpandu Russia “Hampir Makan Tuan”

Sebaik sahaja dilancarkan daripada kapal perang seberat 7,900 tan (full load) itu, peluru berpandu “Kalibr-NK” itu berpusing-pusing di udara sebelum terhempas di permukaan air, tidak jauh daripada kapal perang itu.

0 9,314

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal Tentera Laut Russia, “Marshal Shaposnikov” cuba melancarkan peluru berpandu kruis “Kalibr-NK (SS-N-27 Sizzler)” tetapi percubaannya gagal dan peluru berpandu itu jatuh ke permukaan air hampir mengenai kapal perang terbabit.

Sebaik sahaja dilancarkan daripada kapal perang seberat 7,900 tan (full load) itu, peluru berpandu “Kalibr-NK” itu berpusing-pusing di udara sebelum terhempas di permukaan air, tidak jauh daripada kapal perang itu.

Ujian peluru berpandu itu hampir menjadi tragedi kepada tentera laut Russia.

Kapal perang “Marshal Shaposhnikov” itu adalah sebuah kapal perang destroyer kelas-Udaloy dan baru sahaja menjalani kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf di limbungan kapal di Dalzavod yang terletak di Vladivostok.

Ketika menjalani kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf itu, kapal anti-submarine warfare (ASW) Projek 1155 itu telah menjalan kerja-kerja ubahsuai fungsi kepada kapal friget pelbagai guna yang berkemampuan melaksanakan operasi-operasi permukaan, anti-udara dan bawah permukaan.

 

Sebagai sebahagian daripada kerja-kerja menaiktaraf, kapal terbabit telah menerima peluru berpandu “Kalibr-NK” serta “Uran” selain sistem artilleri berkuasa tinggi.

Selain kedua-dua sistem peluru berpandu itu, kapal friget “Marshal Shaposhnikov” juga bakal dilengkapi dengan sistem peluru berpandu Hypersonic, “Tsirkon.”

Apa yang pasti, kemampuan sistem persenjataannya telah dipertingkatkan berbanding pada ketika ia mula-mula dibangunkan.

Bagaimanapun kegagalan ia melancarkan peluru berpandu “Kalibr-NK” dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan proses penyelenggaraan dan naik tarafnya berkemungkinan akan diterusnya sehingga ia benar-benar bersedia untuk dikerah ke medan peperangan.

Kapal Perang
Kapal perang Russia, Marshall Shaposhnikov.

 

Kapal perang “Marshall Shaposhnikov” turut beraksi di Syria dan melancarkan peluru berpandu “Kalibr” terhadap kedudukan pengganas ISIS.

Peluru berpandu “Kalibr” ini boleh dilancarkan sama ada daripada kapal permukaan atau kapal selam dan boleh membedil sasaran di antara 1,000km hingga 3,000km.

Ada laporan media mengatakan kapal-kapal selama Russia bakal dilengkapi dengan peluru berpandu “Kalibr” dengan peledak nuklear yang mampu membedil sasaran sehingga 4,000km.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...