Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Tempatan, Ikramatic Systems Bangunkan ISMAT Dan SIMBAT

Pada pameran DSA 2022 dan NATSEC yang bermula di MITEC hari ini sehingga Khamis, syarikat telah menampilkan dua sistem yang baru dibangunkan  iaitu Shooting Simulator dan VR (Virtual Reality) Simulator.

0 2,071

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Ikramatic Systems Sdn Bhd merupakan syarikat tempatan berasaskan teknologi tempatan yang memfokuskan kegiatan mereka kepada sistem simulasi dan sistem real time.

Pada pameran DSA 2022 dan NATSEC yang bermula di MITEC hari ini sehingga Khamis, syarikat telah menampilkan dua sistem yang baru dibangunkan  iaitu Shooting Simulator dan VR (Virtual Reality) Simulator.

Sistem Shooting Simulator itu dipanggil “Integrated Shooting and Marksmanship Trainer” (ISMAT™) manakala VR Simulator pula adalah Simulated Battlefield (SIMBAT™).

Ikramatic

ISMAT adalah shooting simulator yang immersif untuk senjata-senjata kecil dan senjata bantuan yang direkabentuk untuk membantu anggota pasukan bersenjata di dalam perkara marksmanship, cara mengendali keadaan dan pengurusan medan peperangan (battlefield management).

Simulator ini boleh digunakan untuk latihan penembakan pelbagai senjata daripada pistol kepada Heavy Machine-Gun (HMG) 12.7mm.

Sistem ini datang dengan tiga mode iaitu Marksmanship Training untuk latihan asas dan latihan lanjutan, Judgmental Training dan Collective Training.

Ikramatic

Defence Security Asia difahamkan sistem ISMAT merangkumi 48 lanes bakal didirikan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas untuk kegunaan anggota tentera.

Syarikat Ikramatic telah membangunkan sistem ISMAT ini sejak 2018.

Sementara itu, VR Simulator dipanggil SIMBAT pula adalah sistem latihan taktikal secara Virtual Reality untuk memudahkan anggota kombat merasai pengalaman bertempur secara realistik tanpa risiko kemalangan melibatkan penggunaan peluru hidup, bajet yang tinggi, lojistik dan perancangan yang kompleks.

“SIMBAT™ menawarkan kombinasi di antara realisme dalam pergerakan, illusi grafik, interaksi antara objek dan manusia serta efek khas bagi membolehkan pelatih menikmati pengalaman berguna dan pendedahan senario mengancam yang realistik.”

Ikramatic

Syarikat juga bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) untuk melakukan kajian, ujian dan validasi senjata-senjata yang digunakan dalam simulasi itu.

Kolaborasi strategik antara Ikramatic Systems dan STRIDE diharap mampu meningkatkan lagi kemampuan dan kelestarian industri pertahanan Malaysia.

Syarikat Ikramatic ditubuhkan pada tahun 1998 dan sistem simulator penerbangan pertama yang dibangunkannya adalah berdasarkan kepada pesawat Pilatus PC-7 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ikramatic

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sejak daripada itu, syarikat telah melangkah lebih jauh dengan membangunkan lebih banyak sistem simulator penerbangan melibatkan helikopter dan pesawat-pesawat pejuang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ikramatic telah melebarkan sayapnya ke bidang-bidang seperti Virtual Reality (VR), Real-time Control & Security Systems dan Anti Drone Systems. — DSA

Comments
Loading...