Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Lulus Bantuan Keselamatan Hampir RM1 Bilion Pada M’sia Sejak 2018

Perkongsian antara Amerika Syarikat dan Malaysia diasaskan berdasarkan prinsip keselamatan dan kesejahteraan serta hubungan pelbagai hala dan perkongsian beban di seluruh Asia Tenggara.

0 3,001

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan bantuan keselamatan bernilai kira-kira US$230 juta (hampir RM1 bilion) kepada Malaysia sejak tahun 2018 meliputi antara lain program-program latihan dan pertukaran berkaitan ketenteraan.

Jeneral Memerintah Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC) Charles A. Flynn berkata bantuan itu juga termasuk penyediaan peralatan serta pendidikan.

“AS berbangga dapat bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam bidang pembangunan utama dan menantikan perbincangan Malaysia-AS pada tahun ini yang menjanjikan perkembangan hubungan dua hala yang lebih lanjut,” katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA hari ini.

US-MAL
Jeneral Memerintah Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC) Charles A. Flynn

 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan US Partnership Pavilion sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)  hari ini.

Turut hadir Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. Mcfeeters.

Flynn berkata perkongsian antara AS dan Malaysia diasaskan berdasarkan prinsip keselamatan dan kesejahteraan serta hubungan pelbagai hala dan perkongsian beban di seluruh Asia Tenggara.

“Tentera Malaysia menunjukkan prinsip-prinsip ini dalam komitmen mereka ketika menyertai latihan dua hala seperti Keris Strike dan Bersama Warriors walaupun berdepan cabaran COVID-19,” katanya.

US-MAL

Selain itu, beliau berkata akhir tahun ini, dua perajurit Malaysia akan menjalani latihan dalam operasi hutan di Lightning Academy di Hawaii sebagai sebahagian daripada program latihan pertukaran.

Sementara itu, mengulas mengenai DSA dan Natsec 2022, Mcfeeters mengucapkan penghargaan kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana menganjurkan acara tersebut.

“Malaysia sangat penting bagi Amerika Syarikat, ekonomi ketiga terbesar di ASEAN dan rakan dagang AS kedua terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sebanyak 12 syarikat AS mempamerkan produk mereka di pavilion AS bermula hari ini hingga Khamis.

Pavilion AS adalah antara 20 pavilion yang diwakili 20 negara yang mengambil bahagian dalam acara pertahanan antarabangsa. — DSA

 

Comments
Loading...