Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

DEFTECH Perkenal UAV Taktikal Dibangunkan Tempatan

Membuat kemunculan sulungnya pada pameran DSA 2022, DEFTECH telah memperkenalkan Pesawat Perisikan Peninjauan Pemantauan Tanpa Pemandu (ISR UAV) yang dibangunkan oleh tenaga tempatan.

0 2,930

(DEFENCE SECURITY ASIA) — DEFTECH Unmanned Systems Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat DRB-HICOM Defence Technologies (DEFTECH) telah memperkenalkan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) taktikal yang pertama direka dan dibangunkan secara tempatan.

Sistem UAV yang dinamakan  Pesawat Perisikan Peninjauan Pemantauan Tanpa Pemandu (ISR UAV)  itu telah diperkenalkan pada pameran DSA 2022 dan NATSEC di MITEC dalam majlis yang dihadiri oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DEFTECH Fazley Ariffin.

ISR UAV yang diperkenalkan hari ini, berkebolehan melaksanakan operasi kompleks, mengakses kawasan sukar sekaligus meminimumkan risiko nyawa manusia.

DEFTECH

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DEFTECH Fazley Ariffin berkata pembangunan UAV taktikal berkenaan merupakan suatu pencapaian membanggakan untuk industri pertahanan tempatan. 

Beliau berkata teknologi autonomi seperti UAV atau dron ini dapat melipat gandakan keupayaan pasukan pertahanan dan keselamatan dengan menyediakan platform yang selamat untuk mengendalikan sebarang situasi atau persekitaran berbahaya dan mencabar.

“Pembangunan ini menandakan satu langkah ke hadapan yang baharu untuk DEFTECH dalam menerokai bidang teknologi pertahanan.

“Ia adalah tindakan wajar dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan tempatan dan berkebolehan untuk berdikari dalam bidang sensitive seperti ini,”  katanya dalam kenyataan hari ini.

DEFTECH

Menurutnya, dengan berat maksimum 120 kilogram ketika berlepas, ISR UAV itu berkemampuan mengawasi ruang udara pada siang dan malam, selain berupaya beroperasi di kawasan pedalaman dan maritim dengan ketahanan (endurance) selama 10 jam. 

Range ISR UAV yang dibangunkan oleh DEFTECH itu adalah diantara 100km hingga 200km.

Kapasiti muatan yang boleh dibawanya adalah seberat 15 kg terdiri daripada peralatan Electro Optical dan Infra Red (EO/IR).

Operation altitude ISR UAV adalah 4,000 kaki  dengan cruise speed 111.12 km/h dengan enjin 25 hp.

“Pembangunan 100 peratus secara tempatan ini memastikan sokongan teknikal dan tindak balas yang cepat pada kos yang kompetitif. Ia juga boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut operasi khusus yang dikehendaki pengguna,” katanya. 

DEFTECH

Pembangunan ISR UAV ini adalah hasil daripada pengalaman yang dipelajari ketika bekerjasama dengan pasukan pertahanan dan keselamatam dalam mengendalikan dron untuk operasi berbeza.

“Penggunaan UAV oleh pihak tentera dan keselamatan awam pasti akan menjadi aset untuk keselamatan negara Malaysia, terutamanya untuk situasi kritikal dan sensitive masa  seperti pengawasan dan kawalan sempadan.

“DEFTECH akan terus membangunkan teknologi UAV untuk mengurangkan pergantungan kepada pihak luar dan membina keupayaan tempatan dalam sistem pertahanan negara,” katanya. — DSA 

 

Comments
Loading...