Hakim Perancis Dakwa Thales Subahat Rasuah Penjualan “Scorpene” Pada M’sia
Pada tahun 2002 itu, Malaysia membeli dua buah kapal selam jenis “Scorpene” dan sebuah kapal selam “Agosta” yang digunakan untuk tujuan latihan daripada syarikat pembuat kapal Perancis, DCN (kini adalah sebahagian daripada Thales). Pembelian tiga buah kapal selam itu bernilai US$1.2 bilion atau RM5.23 bilion.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang hakim Perancis telah mendakwa konglomerat pertahanan negara itu, Thales kerana bersubahat dengan perbuatan rasuah berkenaan penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
Perkembangan itu dinyatakan oleh sumber kepada agensi berita AFP semalam.
Pada tahun 2002 itu, Malaysia membeli dua buah kapal selam jenis “Scorpene” dan sebuah kapal selam “Agosta” yang digunakan untuk tujuan latihan daripada syarikat pembuat kapal Perancis, DCN (kini adalah sebahagian daripada Thales).

Pembelian tiga buah kapal selam itu bernilai US$1.2 bilion atau RM5.23 bilion.
Menurut agensi berita antarabangsa itu lagi, secara keseluruhannya sebanyak sembilan orang defendan termasuk Thales telah didakwa di Perancis.
Bagaimanapun siasatan telah pun ditutup pada Januari tahun ini, menurut sumber itu.
Antara defendan-defendan terbabit adalah, Philippe Japiot yang merupakan pengerusi kepada DCN International dan juga Jean-Paul Perrier yang adalah bekas eksekutif syarikat Thales bersama-sama dua orang lagi bekas eksekutif.

Keempat-empat mereka menafikan mereka telah melakukan sebarang kesalahan manakala kerajaan Malaysia pula mengatakan bahawa kontrak pembelian kapal selam itu adalah bebas daripada sebarang unsur rasuah.
Ketika dihubungi oleh AFP, syarikat Thales itu berkata ia menafikan sebarang tuduhan dengan sekeras-kerasnya.
Pihak pendakwaan daripada pejabat jenayah kewangan PNF Perancis berkata bahawa ia akan menimbangkan permintaan lanjut kepada hakim terbabit.
Comments are closed.