Gripen-E VS F-35 Lightning II Bersaing Sengit Di Kanada
Kanada bakal membelanjakan US$15 bilion (RM60 bilion) untuk membeli 88 buah pesawat pejuang baru bagi menggantikan pesawat legasi Hornet-nya, dengan keputusan dijangka pada tahun depan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Varian pesawat pejuang Gripen terkini iaitu “Gripen-E” sedang bersaing sengit dengan pesawat F-35 Lightning II untuk membekalkan 88 buah pesawat kepada Tentera Udara Diraja Kanada.
Kanada bakal membelanjakan US$15 bilion (RM60 bilion) untuk membeli 88 buah pesawat pejuang baru bagi menggantikan pesawat legasi Hornet-nya, dengan keputusan dijangka pada tahun depan.
Persaingan bagi tender Kanada itu kini tinggal antara Saab yang membangunkan Gripen-E dan Lockheed Martin, syarikat pembuat pesawat F-35 Lightning II.
Sepatutnya Boeing turut sama dalam persaingan itu dengan pesawat Super Hornet, tetapi kerajaan Kanada berpendapat tawaran oleh Boeing itu tidak memenuhi spesifikasinya.
Gripen-V lwn F-35 Lightning II.
Walaupun persaingan kini tinggal antara Gripen-E dengan F-35, tetapi Kanada nampaknya bakal memilih pesawat buatan Amerika Syarikat kerana ia adalah sebahagian daripada supply chain pembuatan pesawat itu menerusi pembabitan syarikat-syarikatnya.
Kalau Kanada sudah menjadi sebahagian daripada supply chain F-35, maka lebih mudahlah untuk negara itu untuk memilih pesawat Amerika Syarikat.
Syarikat-syarikat Kanada telah pun meraih kira-kira US$1 bilion menerusi pembabitannya dengan pembuatan pesawat F-35.
Dan sekiranya kerajaan Kanada menolak Gripen-E dan memilih F-35, dijangka ia akan mewujudkan kira-kira 150,000 pekerja baru untuk rakyat Kanada.
Bagi tawaran oleh Saab, ia menawarkan kepada Kanada untuk mewujudkan dua buah pusat aeroangkasa di Montreal yang akan menghasilkan pesawat-pesawat Gripen-E di negara itu.
Walaupun pilihan itu nampaknya kearah F-35, tetapi persaingan daripada pesawat Gripen-E itu tidak dapat ditolak atas beberapa sebab terutamanya apabila ia melibatkan isu berkenaan kos operasi pesawat F-35 itu sendiri.
Sebagaimana yang kita tahu, kos operasi F-35 amat tinggi berbanding Gripen-E dan inilah yang mungkin menjadi penyebab sekiranya Kanada tidak memilih pesawat buatan Lockheed Martin itu sebagai pilihannya walaupun ia lebih berkemampuan dan moden.
Bagaimanapun Gripen-E pun bukan calang-calang lawan kerana ia boleh membawa sehingga tujuh buah peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range “Meteor” yang dibangunkan oleh firma pertahanan MBDA.
Dikatakan sebagai peluru berpandu udara-ke-udara terbaik dunia dan digunakan oleh pesawat-pesawat seperti Eurofighter Typhoon dan Dassault Rafale, peluru berpandu udara-ke-udara BVR “Meteor” yang memiliki kelajuan lebih daripada 4 Mach mampu menembak jatuh sasaran udara lebih daripada 100km jauhnya.
Bagi radarnya pula, Gripen-E dilengkapi dengan radar ES-05 Raven Active Electronically Scanned Array (AESA) yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo.
Antenna radar ini dipasang pada apa yang dipanggil “rotating repositioner” atau “swashplate” yang membolehkan ia bergerak ke kiri dan ke kanan untuk meluaskan “field-of-view” radar berkenaan, yang dikatakan amat berguna dalam situasi BVR dan suasana Ground –Based Air Defence (GBAD).
Pesawat juga dilengkapi sensor Infrared Search Track (IRST) Leonardo Skyward G, Electronic Warfare System (EWS) yang baru serta Missile Approach Warning System (MAWS).
Daripada segi enjinnya iaitu General Electric F414-GE-39E yang lebih berkuasa berbanding enjin GE F404 yang digunakan oleh varian pesawatnya yang terdahulu.
Pesawat pejuang Gripen-E kini boleh berada di udara lebih lama dan jarak operasinya juga adalah lebih jauh.
Comments are closed.