Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jerman Derma Lebih Banyak Dron Pada Filipina, Untuk Operasi di Laut China Selatan

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina Laksamana Armado Balilo berkata, empat buah dron tambahan “Trinity F90+” daripada Jerman itu akan digunakan oleh pihaknya dalam menjalankan tugas-tugas pemantauan dan perisikan di Laut China Selatan.

0 1,022

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi membantu Filipina dalam pertikaiannya dengan China melibatkan isu Laut China Selatan, Jerman akan mendermakan lebih banyak dron bagi tujuan pemantauan dan perisikan di kawasan perairan strategik penting untuk perdagangan dunia yang didakwa oleh Beijing sebagai miliknya.

Dron-dron yang bakal didermakan oleh Jerman itu akan dioperasikan oleh pihak Pengawal Pantai Filipina.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina Laksamana Armado Balilo berkata, empat buah dron tambahan “Trinity F90+” daripada Jerman itu akan digunakan oleh pihaknya dalam menjalankan tugas-tugas pemantauan dan perisikan di Laut China Selatan.

“Pemberian empat buah dron Trinity F90+ kepada Filipina itu adalah sebahagian daripada program bantuan awal bernilai Euro$179 juta (RM912 juta) daripada kerajaan Jerman,” menurut beliau

Pada 2022, kerajaan Jerman telah mendermakan dua buah dron Trinity F90+ kepada Filipina untuk tujuan latihan di bawah program German Corporation for International Cooperation.

Penyerahan empat buah dron tambahan kepada Filipina itu diumumkan ketika Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock tiba di Manila untuk bertemu dengan presiden negara Asia Tenggara itu, Ferdinand “Bongbong” Marcos di Istana Malacanang.

Filipina
Dron Trinity F90+ yang didermakan Jerman pada Filipina.

 

Baerbock turut berkunjung ke ibu pejabat Pengawal Pantai Filipina.

“Saya amat gembira kerana kita dan Filipina terus bekerjasama di kawasan pesisir pantai, bukan sahaja tentang dron-dron tambahan tetapi juga meliputi latihan dan kerjasama serantau. Ini akan hanya menguatkan aspek keselamatan maritm dan undang-undang antarabangsa,” kata beliau.

Menurut Menteri Luar Jerman itu, Berlin amat memandang berat tindakan kapal-kapal pengawal pantai China menggunakan laser dan pancutan air terhadap kapal-kapal milik Filipina.

Selain untuk tujuan pemantauan dan perisikan, dron-dron itu yang tidak boleh dilengkapkan dengan senjata akan digunakan untuk operasi Pengawal Pantai Filipina dalma operasi bantuan kemanusiaan, anti-dadah dan penangkapan secara haram.

Dron-dron itu juga akan digunakan untuk penghasilan imej-imej beresolusi tinggi untuk penghasilan peta dan pelbagai lagi.

Dron Trinity F90+ seberat 5.5kg yang didermakan oleh Jerman kepada Filipina berkemampuan terbang selama 90 minit sejauh 100km untuk merakam pelbagai datang ketika berada di udara

Ia mampu terbang setinggi 4,500 meter membawa pelbagai perisian seberat 1 kg dan boleh dioperasikan oleh krew dengan latihan yang amat minimal. — DSA

 

 

Comments
Loading...