Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Raifal Penembak Tepat “Ghoul” Telah Ambil Nyawa 20 Tentera Israel

(VIDEO) Raifal penembak tepat “Ghoul” itu dinamakan sempena salah seorang pemimpin utama kumpulan bersenjata itu, Adnan Al-Ghoul yang juga digelar sebagai ‘Bapa Hamas” yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pembuatan senjata untuk kumpulan itu pada peringkat awal.

0 2,207

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan bersenjata Hamas telah mengeluarkan video bagaimana ia mengeluarkan sendiri raifal penembak tepatnya dinamakan “Ghoul”, yang sehingga kini didakwa telah mengambil nyawa lebih daripada 20 orang anggota tentera Israel dalam konflik yang sedang berlaku ketika ini.

Raifal penembak tepat “Ghoul” itu dinamakan sempena salah seorang pemimpin utama kumpulan bersenjata itu, Adnan Al-Ghoul yang juga digelar sebagai ‘Bapa Hamas” yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pembuatan senjata untuk kumpulan itu pada peringkat awal.

Beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan roket-roket “Qassam” generasi pertama dan adalah orang kanan kepada pemimpin tentera Hamas, Muhammad Deif serta Yahya Ayyash.

Adnan memulakan kegiatan ketenteraanya sebelum bermulanya Intifada yang pertama pada 1987 dengan menubuhkan sebuah unit yang melakukan serangan-serangan bersenjata pisau terhadap anggota tentera Israel.

Adnan Al-Ghoul mati dibunuh oleh pihak keselamatan Israel pada tahun 21 Okt 2004, selepas 18 tahun diburu oleh pasukan keselamatan Israel.

Beliau dibunuh dalam satu serangan udara di Jaffa Street di Bandar Gaza bersama-sama pemimpin cabang tentera Hamas, Imad Abbas.

Raifal penembak tepat “Ghoul” didedahkan kepada awam pada 2014 semasa pertempuran “Protective Edge” dengan tentera Israel selama 51 hari.

Pada ketika itu, cabang ketenteraan Hamas iaitu Briged Al-Qassam telah menunjukkan beberapa video menunjukkan anggota tentera mereka berjaya mensasarkan beberapa anggota tentera Israel menggunakan senjata penembak tepat “Ghoul.”

Sejak daripada itu, senjata penembak tepat itu telah menjadi sebahagian daripada aset utama pejuang-pejuang Hamas.

Raifal penembak tepat “Ghoul” itu berkaliber 14.5mm dan berkemampuan menembak sasarannya dengan berkesan pada jarak 2km.

Ghoul
Penembak tepat Hamas memakai Ghillie Suit untuk tujuan penyamaran.

Keseluruhan panjang raifal penembak tepat kebanggaan kumpulan bersenjata Hamas adalah satu meter setengah, ia dianggap sama taraf atau melebihi berbanding senapang penembak tepat yang lain seperti “Dragunov” dan “Steyr.”

Selain raifal penembak tepat “Ghoul”, Adnan turut bertanggungjawab membangunkan bom tangan, peluru mortar dan roket anti-kereta kebal sendiri untuk kegunaan pejuang-pejuang Palestin walaupun pada ketika itu Gaza dikepung oleh tentera Israel daripada segenap penjuru.

Dibawah kepimpinannya, Adnan berjaya pelancar roket “Yassin”, roket-roket “Qassam” dan roket lain seperti “Bana’, “Batar” dan Improvised Explosive Device (IED). — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...