Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Latihan Intra-TLDM Terbesar, “Eks Kerismas” Babit 23 Kapal Permukaan

Eksesais Kerismas bermula 3 hingga 23 Oktober itu turut melibatkan sebuah kapal selam, sebuah diving tender, empat helikopter, dua buah Unmanned Aircraft System (UAS), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan tujuh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 2,706

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 23 buah kapal permukaan dari Armada Barat dan Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta lebih dua ribu anggotanya terlibat dalam “Eksesais Kerismas” yang merupakan latihan intra-TLDM terbesar tahun ini.

Eksesais Kerismas bermula 3 hingga 23 Oktober itu turut melibatkan sebuah kapal selam, sebuah diving tender, empat helikopter, dua buah Unmanned Aircraft System (UAS), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan tujuh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Timbalan Panglima Tentera Laut yang merasmikan pembukaan majlis di Kota Kinabalu hari ini menyatakan sebanyak 63 peratus daripada keseluruhan Armada TLDM terlibat secara langsung dalam eksesais ini.

TLDM
(TLDM)

 

Penglibatan aset-aset TLDM daripada pelbagai skuadron pada eksesais kali ini menzahirkan komitmen TLDM di dalam memastikan kesiagaan TLDM ditingkatkan sebilang masa, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TLDM menerusi akaun media sosialnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui kekurangan aset-aset tempur telah menjejaskan keupayaan TLDM menggalas tanggungjawab mempertahankan kedaulatan maritim negara.

“Malah kompetensi warga kapal turut terjejas rentetan isu keusangan terutamanya di dalam keupayaan tempur.”

“Ini kerana warga armada yang telah pun dibekalkan dan dilatih dalam ilmu peperangan maritim tidak dapat mempraktikkannya di dalam eksesais seperti ini disebabkan kekurangan platform yang berkeupayaan tempur,” katanya.

AW139
Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 pada OSTEX East baru-baru ini. (kredit TLDM)

 

Namun beliau berkata, TLDM tetap komited dalam memenuhi setiap keperluan operasi yang dipertanggungjawabkan walaupun berdepan cabaran kekangan keupayaan tempur.

Eksesais KERISMAS 27/22 kali ini terbahagi kepada dua fasa latihan iaitu fasa pelabuhan dan fasa laut.

Siri latihan di pelabuhan telah bermula sejak 3 Oktober 2022 lalu dengan tujuan bagi meningkatkan kompetensi The Navy People melalui pelbagai latihan teori dan praktikal.

PASKAL
Anggota PASKAL (TLDM)

 

Selain itu, latihan Pertahanan Pangkalan telah dilaksanakan bagi menguji aspek kesediaan warga dalam mempertahankan pangkalan dari serangan luar

Eksesais yang berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini memfokuskan kepada penilaian keupayaan terkini elemen 3P (People, Platform dan Process) dalam melaksanakan operasi maritim meliputi aspek peperangan asimetrik dan konvensional walaupun dilanda pelbagai cabaran dalam mengoperasikan Armada yang semakin usang.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selain itu, aspek keupayaan sustainability gabungan aset TLDM sebagai satu pasukan besar (Gugus Tugas) akan turut diuji apabila perlu beroperasi dalam satu tempoh yang panjang semasa fasa laut.

Semasa eksesais berlangsung juga, Panglima Tentera Laut akan melaksanakan penilaian terhadap keupayaan Armada TLDM melalui Chief of Navy Inspection (CINSPEC) bagi mengenalpasti tahap kesiagaan dan kebolehoperasian aset-aset TLDM. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...