Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Pengangkut Pesawat, USS Gerald Ford Bernilai RM52 Billion

0 991

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menjelang 2022, Amerika Syarikat dijangka akan mengerahkan kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) berkuasa nuklear paling canggih negara itu, USS Gerald Ford ke perairan antarabangsa sekaligus menggariskan lagi kuasa tentera negara itu.

Bernilai US$13 billion (RM52 billion), USS Gerald Ford (CVN-78) adalah kapal pengangkut pesawat kelas Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear baharu bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz.

SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”

Kapal pengangkut pesawat kedua dalam kelas Gerald Ford iaitu USS John F-Kennedy (CVN-79) dijangka memasuki perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat seawalnya pada 2024 diikuti oleh USS Enterprise (CVN-80) pada 2028 dan USS Doris Miller (CVN-81) pada 2032.

USS John F.Kennedy yang sedang dibina pada ketika ini dianggarkan bernilai US$11.4 bilion (RM45.6 bilion) manakala USS Enterprise pula menelan belanja US$12.3 billion(RM49.2 bilion) dan USS Doris Miller pula bakal mengakibatkan perbelanjaan sebanyak US$12.4 billion (RM49.6 bilion).  Walaupun ketiga-tiga kapal ini dijangka memasuki perkhidmatan pada 2024, 2028 dan 2032 tetapi kebiasaannya ia akan terlewat dua hingga tiga tahun disebabkan complexity ujian penerimaan yang perlu dilakukan.

ford

Ia seperti yang berlaku pada USS Gerald Ford yang sehingga kini belum lagi dikerah ke mana-mana kawasan operasi memandangkan ia masih lagi menjalani pelbagai ujian, walaupun telah diterima masuk ke dalam perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat.

USS Gerald Ford yang merupakan lead ship dalam kelas Gerald Ford mula dibina pada 2008 dan selepas 11 tahun pembinaan oleh kontraktor utamanya, Newport News Shipbuilding, kapal pengangkut pesawat yang dianggarkan seberat 100,000 tan telah ditauliahkan kepada tentera laut Amerika Syarikat pada Julai 2017.

Sejak Julai 2017 itu sehingga kini, USS Gerald Ford masih lagi menjalani pelbagai ujian, certification terhadap 11 weapon elevators dan memperbaiki segala kerosakan teknikal yang telah dikenalpasti.

ford

Sedikit sebanyak informasi tentang saiz kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford ini – ia adalah setinggi 134 kaki dan sepanjang 1,092 kaki serta boleh menempatkan lebih daripada 75 buah pesawat dan helikopter pelbagai jenis.

USS Gerald Ford yang mengambil nama sempena bekas presiden ke-38 Amerika Syarikat bakal menjadi “rumah” kepada kira-kira 5,000 anggota tentera adalah kapal pengangkut pesawat terbesar dalam sejarah tentera laut Amerika Syarikat.

Untuk sistem pertahanannya, ia akan dilengkapi dengan peluru berpandu Sea Sparrows dan Rolling Airframe Missile serta meriam.

Bagaimanapun pertahanan utamanya bakal diberikan oleh carrier battle groupnya yang terdiri daripada dua buah kapal destroyer, sebuah cruiser serta pelbagai pesawat pejuang yang berada di dalam perut serta deknya.

Itu tidak termasuk kapal-kapal selam berkuasa nuklear yang mungkin mengiringi perjalannya ke mana-mana pelusuk dunia.

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...