Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kapal Pengangkut Pesawat Terbesar Dunia Mula Belayar Akhir Tahun Ini

Tiga lagi buah kapal pengangkut pesawat daripada kelas-Gerald Ford iaitu USS John F-Kennedy (CVN-79) dijangka memasuki perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat seawalnya pada 2024 diikuti oleh USS Enterprise (CVN-80) pada 2028 dan USS Doris Miller (CVN-81) pada 2032.

0 8,139

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhirnya selepas kerja-kerja pembinaan yang memakan masa selama 13 tahun dan menelan belanja US$13. 3 billion (RM53.2), kapal pengangkut pesawat terbaru Amerika Syarikat, USS Gerald Ford (CVN-78) sudah bersedia untuk terlibat dalam operasi tentera laut negara ini bermula akhir tahun ini.

Pada akhir tahun ini,  Amerika Syarikat dijangka akan mula mengerahkan USS Gerald Ford ke perairan antarabangsa sekaligus menggariskan lagi kuasa tentera negara itu.

Mula dibina pada tahun 2009, USS Gerald Ford adalah kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald Ford yang pertama daripada empat kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear kelas itu bagi menggantikan kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz.

SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”

 

Apabila mula beroperasi akhir tahun ini, USS Gerald Ford adalah kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia.

Tiga lagi buah kapal pengangkut pesawat daripada kelas-Gerald Ford iaitu USS John F-Kennedy (CVN-79) dijangka memasuki perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat seawalnya pada 2024 diikuti oleh USS Enterprise (CVN-80) pada 2028 dan USS Doris Miller (CVN-81) pada 2032.

USS John F.Kennedy yang sedang dibina pada ketika ini dianggarkan bernilai US$11.4 bilion (RM45.6 bilion) manakala USS Enterprise pula menelan belanja US$12.3 billion(RM49.2 bilion) dan USS Doris Miller pula bakal mengakibatkan perbelanjaan sebanyak US$12.4 billion (RM49.6 bilion).  

Walaupun ketiga-tiga kapal ini dijangka memasuki perkhidmatan pada 2024, 2028 dan 2032 tetapi kebiasaannya ia akan terlewat dua hingga tiga tahun disebabkan complexity ujian penerimaan yang perlu dilakukan.

ford

Ia seperti yang berlaku pada USS Gerald Ford yang sehingga kini masih belum lagi dikerah ke mana-mana kawasan operasi memandangkan ia masih lagi menjalani pelbagai ujian, walaupun telah diterima masuk ke dalam perkhidmatan tentera laut Amerika Syarikat.

Kapal pengangkut pesawat terbaru Amerika Syarikat itu sepatutnya mula dikerah untuk beroperasi pada tahun 2017, iaitu kira-kira lapan tahun selepas mula dibina sebelum dilanda pelbagai masalah sehingga melengahkan permulaan operasi lautnya.

USS Gerald Ford yang merupakan lead ship dalam kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald Ford mula dibina pada 2009 oleh kontraktor utamanya, Newport News Shipbuilding, maka kapal pengangkut pesawat yang dianggarkan seberat 100,000 tan telah ditauliahkan kepada tentera laut Amerika Syarikat pada Julai 2017.

Gerald Ford

Sejak Julai 2017 itu sehingga kini, USS Gerald Ford masih lagi menjalani pelbagai ujian, certification terhadap 11 weapon elevators dan memperbaiki segala kerosakan teknikal yang telah dikenalpasti.

 

Sedikit sebanyak informasi tentang saiz kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford ini – ia adalah setinggi 134 kaki dan sepanjang 1,092 kaki serta boleh menempatkan lebih daripada 75 buah pesawat dan helikopter pelbagai jenis.

Menurut laporan kepada kongres Amerika Syarikat,  USS Gerald Ford akan membawa lebih daripada 70 buah pesawat kombat pelbagai daripada di antara 40 hingga 50 buah F/A-18E/F Super Hornet, F-35, lima buah pesawat peperangan elektronik  EA-18G Growler, 19 buah helikopter MH-60 Seahawk,  empat buah pesawat amaran awal E-2D Hawkeye dan dua buah MV-22B Osprey.  

Gerald Ford
Pesawat Super Hornet ketika menjalani ujian dengan kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford.

 

USS Gerald Ford yang mengambil nama sempena bekas presiden ke-38 Amerika Syarikat bakal menjadi “rumah” kepada kira-kira 5,000 anggota tentera adalah kapal pengangkut pesawat terbesar dalam sejarah tentera laut Amerika Syarikat.

Memandangkan ia adalah kapal pengangkut pesawat generasi terbaru Amerika Syarikat,ia akan menggunakan beberapa teknologi baru di USS Gerald Ford seperti reaktor nuklear baru yang boleh menghasilkan tiga kali ganda kuasa elektrik berbanding kapal pengangkut kelas-Nimitz.

Kapal USS Gerald Ford juga akan menggunakan sistem Electromagnetic Aircraft Launch System (EMALS) bagi menggantikan sistem catapult yang digunakan selama ini oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk melancarkan pesawat-pesawatnya daripada kapal pengangkut pesawat.

Gerald Ford

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Untuk sistem pertahanannya, ia akan dilengkapi dengan peluru berpandu Sea Sparrows dan Rolling Airframe Missile serta meriam.

Bagaimanapun pertahanan utamanya bakal diberikan oleh carrier battle groupnya yang terdiri daripada dua buah kapal destroyer, sebuah cruiser serta pelbagai pesawat pejuang yang berada di dalam perut serta deknya.

Itu tidak termasuk kapal-kapal selam berkuasa nuklear yang mengiringi perjalanannya ke mana-mana pelusuk dunia. — DSA

 

Comments
Loading...