Jom Lihat Spesifikasi Kapal Friget Guna Konsep SIGMA
Ketiga-tiga buah kapal friget pelbagai misi Tentera Laut Maghribi ini dibina menggunakan konsep SIGMA yang membawa maksud “Ship Integrated Geomatrical Modularity Approach.”

Jom folo Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Februari 2008, Tentera Laut Maghribi telah menandatangani kontrak untuk memperolehi tiga buah kapal friget pelbagai misi (multi-mission frigates) yang telah dibina oleh syarikat Belanda, Damen Schelde Naval Shipbuilding.
Ketiga-tiga buah kapal friget pelbagai misi Tentera Laut Maghribi ini dibina menggunakan konsep SIGMA yang membawa maksud “Ship Integrated Geomatrical Modularity Approach.”
Mengapa kita tiba-tiba kita bercerita tentang kapal friget pelbagai misi Tentera Laut Maghribi yang dibina menggunakan konsep SIGMA.
Konsep SIGMA itu memberikan fleksibiliti yang tinggi kepada penggunanya pada kos yang jauh berkurangan dengan membenarkan modularity dalam rekabentuk.
Ia adalah kerana menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan program pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS), bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata tentera laut mahukan rekabentuk SIGMA telah terbukti (proven) untuk kapal-kapal LCS.
Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas Panglima TLDM itu, akhirnya rekabentuk Gowind oleh DCNS (Naval Group) telah dipilih.
Ok berbalik kepada kapal friget SIGMA Tentera Laut Maghribi, kapal friget pertama “Tarik ben Ziyad” (F-613) telah ditauliahkan pada 2011 manakala kapal friget kedua, “Sultan Moulay” (F-614) telah ditauliahkan pada 2012 dan kapal ketiga “Allal ben Abdellah” (F-615) juga pada 2012.
Secara keseluruhannya, kapal friget SIGMA pelbagai misi Tentera Laut Maghribi itu memiliki panjang 97.9 meter, manakala beratnya pula adalah 2,335 tan dan berkemampuan membawa sehingga 91 orang krew kapal terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
Untuk Pengurusan Sistem Kombat (Combat Management System) kapal-kapal friget SIGMA Tentera Laut Maghribi itu menggunakan sistem TACTICOS yang bertindak sebagai sistem kawalan dan pemerintahan kapal dan combat data system di kapal itu.
Comments are closed.