Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO]Boustead Nafi Kapal “Halimunan”, Semua LCS Sedang Giat Dibina

Pembinaan kapal pertama LCS1 telah pun mencapai tahap di antara 50 hingga 60 peratus manakala kerja-kerja menyiapkan kapal kedua LCS pula telah sampai ke tahap 48 peratus dan diikuti oleh tiga buah kapal LCS yang lain.

0 3,246

Jom folo Twitter, TelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lima buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berada di dalam pelbagai peringkat pembinaan, sekaligus menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa ia merupakan “projek halimunan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS) Ir Azhar Jumaat berkata, pembinaan kapal pertama LCS1 telah pun mencapai tahap di antara 50 hingga 60 peratus manakala kerja-kerja menyiapkan kapal kedua LCS pula telah sampai ke tahap 48 peratus.

Kerja-kerja pembinaan kapal LCS ketiga pula telah siap 43 peratus, kapal LCS keempat telah siap 36 peratus manakala kapal LCS kelima pula telab siap 20 peratus, katanya.

LCS
Bentuk akhir kapal LCS kelak (kredit Abam Hensem)

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika membawa sekumpulan media tempatan melawat limbungan kapal milik BNS di Lumut yang menempatkan kelima-lima kapal LCS yang sedang dibina itu.

BNS yang merupakan anak syarikat kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merupakan kontraktor pembinaan enam buah kapal LCS milik TLDM yang bernilai RM9 bilion.

Keenam-enam kapal LCS yang direkabentuk mengikut rekabentuk GOWIND itu dibina secara concurrently.

“Ramai buat dakwaan halimunan, kapal diperbuat daripada kayu. Malah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

“Buat apa kami nak mengelirukan sultan kami. Anda boleh lihat lima kapal LCS ini sedang dibangunkan dan ini apa yang dilakukan dengan lebih RM6 bilion yang kami terima,” kata Azhar lagi.

LCS
(kredit Abam Hensem)

 

Sementara itu beliau juga berkata, kelengkapan dan peralatan bagi projek pembinaan kapal-kapal LCS yang tersimpan di dalam stor di limbungan kapal milik BNS itu dan dianggarkan bernilai RM1.7 bilion, masih boleh digunakan sepenuhnya.

Katanya, semua peralatan terbabit tidak usang dan masih mempunyai jangka hayat selama 27 tahun.

“Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ada menyatakan dianggarkan 15 peratus peralatan disimpan, sudah pun usang.

“Saya ingin menegaskan semua peralatan yang disimpan ini masih boleh berfungsi 100 peratus dan tiada keperluan untuk kita beli peralatan baharu untuk ganti,” menurut Azhar.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sementara itu Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya berkata, pada hari ini Kementerian Pertahanan telah membawa 20 agensi media ke Lumut untuk melihat dengan lebih dekat kapal-kapal LCS yang sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Agensi media terlibat juga dibawa melihat ke gudang peralatan LCS dan diberi taklimat rekabentuk kapal.

“Lawatan baru bermula. Ini selari dengan ketegasan saya – saya dan MINDEF tiada apa yang hendak disembunyikan,” kata beliau. — DSA

 

 

Comments
Loading...