Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Jangka Mula Terima Empat Buah FA-50 Block 20 Pada Akhir 2026

Sumber juga memberitahu Defence Security Asia bahawa Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mula menerima kumpulan pertama empat buah pesawat pejuang FA-50 Block 20 pada akhir tahun 2026.

0 6,209

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kesemua 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang bakal diperolehi oleh Malaysia dibawah program perolehan Fasa 1 pesawat itu terdiri daripada varian Block 20.

Varian FA-50 Block 20 adalah varian paling berkemampuan dan terkini berbanding varian lain pesawat pejuang tersebut.

Malaysia merupakan pelanggan pertama bagi varian FA-50 Block 20 di Asia Tenggara dan kedua di dunia selepas Poland yang turut menandatangani perjanjian dengan KAI tahun lepas untuk memperolehi varian terkini bagi pesawat pejuang ringan itu.

Poland memperolehi 48 buah pesawat FA-50 terdiri daripada kombinasi varian Block 20 dan Block 10.

Selain Malaysia, pengguna lain pesawat pejuang FA-50/T-50 daripada varian terdahulu di Asia Tenggara adalah Thailand (14 buah T-50), Filipina (12 buah FA-50 dan Indonesia (22 buah T-50)

FA-50
Majlis menandatangani perjanjian perolehan FA-50 Block 20 di Kementerian Pertahanan semalam.

 

Sumber juga memberitahu Defence Security Asia bahawa Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mula menerima kumpulan pertama empat buah pesawat pejuang FA-50 Block 20 pada akhir tahun 2026.

“Empat buah pesawat (FA-50 Block 20) yang pertama daripada 18 buah akan diterima pada akhir tahun 2026, sebelum diiikuti oleh pesawat-pesawat yang lain secara berperingkat,” kata beliau.

Semalam, Kementerian Pertahanan dan KAI menandatangani perjanjian bagi perolehan 18 buah pesawat FA-50 Block 20 bernilai lebih RM4 bilion, sekaligus menamatkan teka-teki mengenai pesawat pejuang ringan apakah yang berjaya menambat hati TUDM.

Pesawat pejuang FA-50 Block 20 itu berjaya menewaskan pesaing terdekat  yang lain termasuk Tejas keluaran Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dan Hurjet oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

Mengenai konfigurasi pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM, sumber itu mengesahkan bahawa pesawat tempur itu akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) “PhantomStrike” keluaran firma pertahanan Raytheon Intelligence & Space   daripada Amerika Syarikat.

FA-50

PhantomStrike adalah radar AESA yang memiliki Low Size, Weight and Power (SWaP) dan direka untuk diintegrasikan kepada pelbagai platform termasuk pesawat pejuang ringan, pesawat berkepak, pesawat tanpa pemandu dan menara-menara bagi memberikan kemampuan pengesanan dan penjejakan ancaman jarak jauh.

Radar AESA PhantomStrike menggunakan kuasa gallium nitride (GaN), digital beamforming dan steering, digital receiver/exciter, processor dipanggil Chirp yang telah dibangunkan oleh perniagaan Raytheon Missiles & Defense.

Berbanding radar PESA (Passive Electronically Scanned Array), radar AESA mempunyai pelbagai kelebihan termasuk jarak pengesanan sasaran yang lebih jauh dan tepat walaupun sasaran itu bersaiz kecil,  sukar dikesan oleh musuh serta kemampuan ia untuk menahan daripada tindakan “jamming” oleh musuh.

Selain itu katanya, pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Pesawat F-16 yang lebih dikenali dengan panggilan “Viper” itu dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Sniper
“Sniper” Advanced Targeting Pod.

 

Syarikat KAI dan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang rapat hasil kerjasama mereka dalam membangunkan pesawat latihan lanjutan T-50 Golden Eagle, yang merupakan asas kepada pesawat pejuang ringan FA-50.

Pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2” (military tactical data link) yang selamat, secure, bebas daripada usaha pemintasan pihak musuh dan lain-lain lagi.

Sumber juga mengesahkan bahawa pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 milik TUDM itu akan turut dilengkapi dengan  “Sniper Advanced Targeting Pod,” yang turut dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Terdapat kemungkinan besar juga pesawat FA-50 Block 20 yang akan diperolehi oleh TUDM turut dilengkapi dengan kemampuan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) iaitu AIM-120 AMRAAM, sebagaimana yang akan diperolehi oleh Poland.

FA-50
Peluru berpandu AIM-9

 

Semuanya bergantung kepada kelulusan Amerika Syarikat, tetapi memandangkan kita telah pun menggunakan AMRAAM, maka tiada apa yang pelik sekiranya kita turut melengkapkan pesawat FA-50 Block 20 itu dengan kemampuan BVR.

Varian pesawat FA-50 Block 20 juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

Kemudahan pengisian minyak di udara akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu beroperasi lebih jauh dan berada di udara lebih lama. –DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...