Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Umum UAE Perolehi 12 Pesawat Pejuang L-15, Pecah Dominasi Barat

Penganalisis pertahanan serantau melihatkan impak perolehan pesawat pejuang ringan dan latihan L-15 itu amat besar kerana ia merupakan kali pertama dimana UAE yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat di rantau Teluk membeli peralatan ketenteraan daripada China.

0 4,449

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat China National Aero-Technology Import & Export Corporation (CATIC) akhirnya mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi penjualan 12 buah pesawat latihan dan pejuang ringan L-15 “Hongdu” kepada negara Teluk yang kaya-raya itu.

Kontrak yang ditandatangani ketika International Defense Exhibition and Conference (IDEX 23) yang sedang berlangsung di Abu Dhabi ketika ini juga memperuntukan opsyen untuk memperolehi 36 buah lagi pesawat L-15 oleh UAE pada masa akan datang.

Pengumuman oleh CATIC itu berlaku lebih daripada setahun selepas Kementerian Pertahanan UAE mengumumkan hasratnya untuk memperolehi pesawat L-15 itu.

Penganalisis pertahanan serantau melihatkan impak perolehan pesawat pejuang ringan dan latihan L-15 itu amat besar kerana ia merupakan kali pertama dimana UAE yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat di rantau Teluk membeli peralatan ketenteraan daripada China.

Perolehan pesawat L-15 buatan China itu dianggap sebagai bersejarah kerana ia memecahkan tradisi pasaran senjata UAE yang selama di dominasi oleh syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain.

L-15
Model pesawat L-15 pada pameran IDEX di Abu Dhabi.

 

Keputusan kerajaan UAE itu disambut baik oleh Beijing yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini mahu melihat syarikat-syarikat pertahanannya menembusi pasaran senjata di Timur Tengah yang lumayan.

Pembelian pesawat L-15 oleh UAE bakal membuatkan hubungan di antara UAE dan Amerika Syarikat semakin dingin, apatah lagi berikutan sikap Washington yang bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada negara negara Teluk yang kaya-raya itu.

UAE mahu memperolehi sejumlah pesawat canggih F-35 bagi membolehkannya lebih berkemampuan untuk menangani ancaman daripada Iran.

Pentadbiran Presiden Jo Biden bertindak melengah-lengahkan penjualan pesawat generasi kelima F-35 kepada UAE dipercayai  berikutan tindakan negara Teluk itu menjalin hubungan komersial yang erat dengan syarikat penyedia infrastruktur telekomunikasi China, Huawei berkenaan teknologi 5G.

Washington bimbang China menggunakan teknologi 5G oleh Huawei itu untuk mengintip “rahsia” pesawat F-35, selain tidak senang dengan pembabitan kerajaan UAE dalam kempen ketenteraan di Yemen.

Selepas Amerika Syarikat melengahkan penjualan F-35 kepada UAE, negara Teluk itu mengambil keputusan membeli 80 buah pesawat Rafale daripada Perancis.

L-15

Pesawat pejuang ringan dan latihan L-15 itu disifatkan oleh pemerhati sebagai antara terbaik didalam kelasnya.

Mula diperkenalkan pada 2006, varian terkini pesawat itu, L-15B mempunyai kemampuan untuk membawa sehingga 4 tan peluru berpandu dan bom, dengan kokpit bagi juruterbang pelatih ditukar kepada Weapon System Officer (WSO).

Pesawat ini dikenali sebagai L-15 di pasaran eksport tetapi di China ia dikenali sebagai JL-10. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

Comments
Loading...