Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Final Assembly Line” FA-50 Block 20 Di Bandar Kuantan Sekiranya…….

Dijangkakan pelaburan di antara US$110 juta hingga US$120 juta (RM440 juta hingga RM480 juta) tetapi tidak melebihi US$140 juta (RM560 juta) diperlukan untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir (final assembly line) pesawat FLIT/LCA FA-50 itu di Kuantan, merangkumi penyediaan fasiliti, tools dan latihan yang bakal diadakan Korea Selatan.

7,253

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang telah pun diumumkan sebelum ini, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menawarkan pakej pemindahan teknologi yang amat menarik sekiranya Malaysia memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara tawaran pemindahan teknologi yang amat menarik itu melibatkan mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat-pesawat FA-50 itu di Malaysia sekiranya negara menjadikan pesawat hasil usahasama antara syarikat Korea Selatan dengan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat itu menjadi pilihan.

Sekiranya Malaysia benar-benar memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat FLIT/LCA pilihannya dan bertindak mewujudkan pusat pemasangan akhir (final assembly line) itu, dimanakah cadangan lokasi pusat pemasangan itu?

FA-50
Pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 milik KAI.

 

Menurut Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Sdn Bhd Maj (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif , bandar Kuantan dipilih untuk menempatkan “final assembly line” pesawat FA-50 Block 20 untuk TUDM sekiranya ia menjadi pilihan Malaysisa berikutan kedudukan bandar itu yang amat strategik.

“Lokasi dia (Kuantan) yang amat strategik. Ia berdekatan dengan training area untuk ujian penerbangan, berdekatan dengan Kuantan Port, kemudahan landasan kapal terbang selain memiliki kemudahan infrastruktur yang lengkap.”

“Selain itu, lokasi penempatan pesawat baru LCA adalah bertujuan untuk menggantikan pesawat FLIT dan LCA  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dimana kami dan KAI berpandangan bandar Kuantan adalah lokasi yang difikirkan sesuai untuk ‘assembly line’ pesawat FA-50 termasuk menggunapakai kemudahan sedia ada,” kata beliau kepada Defence Security Asia.

Namun kata Mohd Iswandi berkata, kesemua cadangan berkenaan tawaran pakej pemindahan teknologi dan penempatan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 kemungkinan di bandar Kuantan itu tertakluk kepada rundingan dan sekiranya pesawat KAI menjadi pilihan kepada kerajaan Malaysia.

FA-50

Apa yang pastinya, sekiranya FA-50 dipilih sebagai pemenang dalam tender kerajaan Malaysia itu, maka bandar Kuantan dan negara bakal menerima limpahan ekonomi hasil daripada kewujudan kemudahan pemasangan akhir pesawat FLIT/LCA itu.

Beliau menjangkakan pelaburan di antara US$110 juta hingga US$120 juta (RM440 juta hingga RM480 juta) tetapi tidak melebihi US$140 juta (RM560 juta) untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Kuantan, merangkumi penyediaan fasiliti, tools dan latihan di Korea Selatan.

Mengenai pengambilan tenaga kerja untuk kemudahan pemasangan akhir FA-50 di Kuantan itu, ia melibatkan tenaga kerja mahir tempatan dan luar negara.

“A mixture di antara jurutera KAI dan tempatan. Lebih kurang 40 hingga 50 orang warga tempatan dan disertai lebih kurang 18 tenaga mahir KAI merangkumi jurutera dan pekerja teknikal,” katanya.

FA-50

 

Kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu juga bakal memiliki barisan juruterbang tempatan dan juruterbang ujian (test pilot) daripada KAI, kata Mohd Iswandi dan menambah, pada mulanya mereka merancang untuk mewujudkan “two aircraft assembly line” tetapi keputusan akhir bergantung kepada KAI yang akan melakukan kajian terperinci mengenainya, sekira ia dipilih oleh kerajaan Malaysia.

“Kita kejar at least 2 aircraft (assembly line) if possible but depend on contractual time line. KAI needed further study to come out which is the best that suit the contract and the current facilities if chosen (by the Malaysian government),” katanya.

Berkenaan tempoh masa diperlukan untuk pemasangan sebuah pesawat FA-50 sekiranya ia dilakukan di kemudahan pemasangan akhir pesawat di Kuantan (sekiranya ia menjadi kenyataan), Iswandi memberi bayangan.

FA-50

 

“Estimate 12 hingga 25 minggu depend on flight functional checks, weather dan lain-lain faktor. System functional check akan cover: weighing, fuel wet/leak check, ECS/OBOGS (On Board Oxygen Generating System), secondary power system check, green engine run, NVIS light check out, electrical power check, hydraulic bleed and leaking test, avionic system, flight control check.”

“Kita anggarkan lebih kurang 7 ke 8 sorties diperlukan before pesawat (FA-50 Block 20) lulus untuk diserahkan kepada TUDM,” kata Iswandi.

Pemasangan pesawat pejuang dnegan segala peralatan moden memerlukan masa dan tidak boleh sambil lewa.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Terus-teranglah admin katakan bahawa admin amat teruja dengan cadangan daripada KAI dan rakan tempatan mereka, Kemalak Systems.  Walauapapun keputusan bergantung kepada kerajaan.

Ok selepas dah siap pasang FA-50 Block 20 milik TUDM di kemudahan pemasangan akhir di Kuantan itu, kita sambung pulak pasang KF-21 “Boramae” untuk TUDM. Amacam…

Varian FA-50 Block 20 adalah varian pesawat FA-50 yang paling berkemampuan ditawarkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bagi tender Kementerian Pertahanan untuk perolehan 18-36 buah pesawat FLIT/LCA.

Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkemampuan kerana ia telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.

— DSA

Comments are closed.