Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mengapa Eropah “Berlumba-Lumba” Beli Pesawat F-35 Amerika?

Keputusan negara-negara Eropah memilih F-35 buatan Amerika Syarikat itu mungkin lebih kepada pertimbangan geopolitik, berlatarbelakangkan peningkatan ketegangan di benua itu akibat konflik di Ukraine yang kini memasuki lapan bulan.

0 1,900

(DEFENCE SECURTY ASIA) – Pada ketika ini, pesawat pejuang F-35 mendominasi pasaran pesawat pejuang di Eropah dengan negara-negara di benua terbabit “berlumba-lumba” mendapatkan pesawat pejuang keluaran syarikat Lockheed Martin.

Mengapa negara Eropah begitu teruja untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 dan tidak pesawat pejuang yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat Eropah?

Keputusan negara-negara Eropah memilih F-35 buatan Amerika Syarikat itu mungkin lebih dengan pertimbangan geopolitik, berlatarbelakangkan peningkatan ketegangan di benua itu akibat konflik di Ukraine yang kini memasuki lapan bulan.

F-35
F-35A Korea Selatan

 

Pembelian peralatan pertahanan bernilai berbilion dollar Amerika seperti pesawat pejuang F-35 dan lain-lain boleh “merapatkan hubungan dan kerjasama” sesebuah negara dengan Washington, sama ada menerusi latihan untuk juruterbang dan aspek penyelenggaraan pesawat.

Mereka juga akan meningkatkan aspek interoperabilti dengan tentera Amerika Syarikat.

Hubungan yang rapat dan kerjasama yang erat sudah pasti akan menjadi deterren kepada Russia daripada bertindak “semberono” terhadap mereka.

Selain aspek geopolitik, keputusan memperolehi pesawat generasi kelima yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu juga berkait-rapat dengan soal ekonomi .

Kos pembelian pesawat generasi kelima adalah lebih rendah daripada kos perolehan pesawat generasi keempat, sebagaimana yang dinyatakan oleh kerajaan Switzerland apabila negara itu membelanjakan US$6.5 bilion (RM26 bilion) untuk memperolehi 36 buah pesawat itu.

F-35A
F-35 Australia

 

Menurut kerajaan Switzerland, kos perolehan dan pengoperasian pesawat F-35 untuk Switzerland juga adalah jauh lebih rendah iaitu kira-kira US$2 bilion berbanding pesaingnya iaitu pesawat Super Hornet, Rafale dan Eurofighter Typhoon.

Kos sejam penerbangan pesawat F-35 pada ketika ini adalah kira-kira US$36,000 (RM144,000) walaupun syarikat Lockheed Martin mahu mengurangkannya lagi kepada US$25,000 (RM100,000)

Secara perbandingan, kos satu jam penerbangan pesawat F-16 adalah kira-kira US$22,000 (RM88,000)

Membeli pesawat-pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat juga akan mendekatkan sesebuah negara itu dengan Uncle Sam daripada segi “hubungan industri” memandangkan komponen-komponen pesawat itu diperbuat oleh industri domestik negara kuasa besar itu.

Belgium menjadi negara Eropah yang pertama membeli pesawat F-35 pada 2018 dengan komitmen untuk memperolehi 34 buah pesawat F-35A, diikuti oleh Poland dua tahun selepas itu dengan memperolehi 32 buah pesawat F-35A.

F-35B
Pesawat F-35B varian Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL) yang bakal diperolehi oleh Singapura.

 

Pada 2021, Switzerland dan Finland masing-masing menggantikan pesawat F/A-18 Hornet mereka untuk membeli 36 dan 64 buah pesawat F-35 itu.

Baru-baru ini, Jerman pula merancang untuk mendapatkan 35 buah pesawat F-35A bagi menggantikan pesawat pejuang Tornado-miliknya yang berkemampuan membawa bom-bom nuklear.

Republik Czech juga telah menyatakan komitmennya untuk mendapatkan 24 buah pesawat F-35 untuk menggantikan pesawat Gripen bakal ditamatkan khidmatnya.

Pihak syarikat Lockheed Martin menganggarkan menjelang tahun 2030, sebanyak 550 buah pesawat F-35 akan beroperasi di Eropah termasuk skuadron pesawat F-35 Amerika Syarikat yang beroperasi di Pangkalan Udara Lakenheath di England.

Pegawai-pegawai kanan syarikat pembuat pesawat Eropah telah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap dominasi pesawat F-35 di benua milik mereka.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

F-35A
Pesawat F-35A

 

Malah pemimpin-pemimpin politik di Perancis telah menyeru rakan-rakan negara Eropah mereka supaya “beli barangan Eropah” dalam satu usaha terdesak untuk meredakan “kegilaan” negara jirannya yang berduyun-duyun membeli pesawat F-35.

Di dalam tempoh empat tahun, syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang di Eropah seperti Dassault Aviation (Rafale),BAE Systems, Leonardo, Airbus (Eurofighter Typhoon) dan Saab Group (Gripen) hanya sekadar menjadi penonton terhadap kehebatan pesawat F-35 buatan Amerika Syarikat “tapau” pasaran pesawat pejuang di benua itu.

Kebanyakkan pegawai-pegawai kanan syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah berkenaan telah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap dominasi pesawat F-35 di benua milik mereka. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...