Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Tambah Lapan Buah Lagi F-35, Bilangan Keseluruhan 12 Buah

Pada hari yang sama Malaysia memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20, negara jiran selatan tanahair, Singapura turut mengumumkan bahawa ia membeli lapan buah lagi pesawat pejuang generasi kelima, F-35 keluaran syarikat Lockheed Martin.

0 3,355

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada hari yang sama Malaysia memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20, negara jiran selatan tanahair, Singapura turut mengumumkan bahawa ia membeli lapan buah lagi pesawat pejuang generasi kelima, F-35 keluaran syarikat Lockheed Martin.

Perolehan lapan buah lagi pesawat pejuang F-35 akan menjadikan jumlah keseluruhan pesawat pejuang itu yang dimiliki Singapura sebanyak 12 buah.

Menteri Pertahanan republik itu Ng Eng Hen memberikan Parlimen negara itu bahawa Singapura akan mula menerima lapan pesawat pejuang itu pada akhir dekad ini.

“Kementerian Pertahanan Singapura dan Angkatan Tentera Singapura telah merumuskan bahawa pesawat F-35 adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pertahanan Singapura pada ketika ini dan masa depan,” kata beliau.

Pada 2019, republik itu mengumumkan perolehan empat buah pesawat F-35 yang dianggarkan bernilai US$2.75 bilion (RM11 bilion) , menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

F-35
Pesawat F-35A Tentera Udara Australia

 

Keempat-empat pesawat pejuang generasi kelima itu bakal diterima oleh Singapura pada tahun 2026, tahun yang sama di mana Malaysia dijangka mula menerima empat buah pesawat FA-50 Block 20 daripada 18 yang diperolehinya daripada Korea Aerospace Industries (KAI).

Persetujuan di antara Singapura dan Amerika Syarikat tentang perolehan empat buah pesawat F-35 itu turut termasuk opsyen penambahan lapan buah lagi pesawat pejuang itu, dimana republik itu telah memutuskan untuk melaksanakan opsyen itu.

Varian pesawat pejuang keluaran syarikat Lockheed Martin yang dibeli oleh Singapura adalah F-35B, yang merupakan varian Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL).

Varian F-35B STOVL yang dibeli oleh Singapura ini hanya memerlukan landasan yang amat pendek iaitu hanya kira-kira 550 kaki panjang bagi membolehkan pesawat pejuang generasi kelima itu berlepas manakala untuk mendarat pula ia boleh dilakukan secara vertical.

Pesawat F-35B yang diperolehi oleh Singapura itu agak mahal harganya disebabkan keistimewaan STOVL itu, dengan harga per-unit pesawat itu adalah dianggarkan US$110 juta (RM440 juta) sebuah.

Ia berbanding dengan harga per-unit bagi varian F-35A yang memerlukan landasan untuk berlepas dan mendarat yang dianggarkan sebanyak US$80 juta (RM320 juta).

Manakala varian terkini F-35C adalah khusus untuk operasi di kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat dan bakal menggantikan pesawat F/A-18C/D.

F-35B
F-35B oleh Lockheed Martin

 

Baru-baru ini, kerajaan Singapura telah membentangkan Belanjawan untuk tahun 2023 dan sektor pertahanan di republik itu telah menerima peruntukan sebanyak S$17.98 bilion (RM59.29 bilion). S$1=RM3.30

Peruntukan pertahanan Singapura pada tahun ini merupakan peningkatan berbanding peruntukan sebanyak S$16.36 bilion (RM53.94 bilion) diterimanya pada tahun lepas. 

Hampir kesemua daripada peruntukan pertahanan pada tahun ini akan disalurkan kepada Angkatan Tentera Singapura untuk pembayaran pembelian peralatan-peralatan ketenteraan dan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan kem-kem tentera. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...