Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“The Monster” Hanya 55 Batu Nautika Daripada Pantai Sarawak???

Salah sebuah daripada kapal pengawal pantai China itu yang berada di perairan ZEE Malaysia itu,  CCG 5901 yang juga digelar “The Monster” kerana beratnya yang mencecah 12,000 tan, dilaporkan belayar pada kedudukan hanya 55 Batu Nautika daripada pantai Sarawak.

0 5,229

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal pengawal pantai China terus berada di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia berhampiran dengan Beting Patinggi Ali yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Salah sebuah daripada kapal pengawal pantai China itu yang berada di perairan ZEE Malaysia itu,  CCG 5901 yang juga digelar “The Monster” kerana beratnya yang mencecah 12,000 tan, dilaporkan belayar pada kedudukan hanya 55 Batu Nautika daripada pantai Sarawak.

Sebuah lagi kapal pengawal pantai China yang dikesan berada di dalam kawasan perairan ZEE Malaysia adalah CCG 5302.

Pelayaran “The Monster” tidak jauh daripada kawasan pantai Sarawak itu telah dinyatakan oleh  ketua Projek Myoushu di Gordian Knot Center for National Security Innovation, Universiti Stanford, Raymond M. Powell menerusi ciapannya dalam akaun Twitter @GordianKnotRay.

Powell juga adalah seorang bekas Kolonel dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.

The Monster

Mengikut United Nations Convention On The Law of the Sea (UNCLOS) 1982, perairan berdaulat milik sesebuah negara (territorial waters) adalah sejauh 12 Batu Nautika daripada kawasan pantai (baseline) manakala kawasan perairan ZEE milik sesebuah negara adalah sejauh 200 Batu Nautika daripada pantai (baseline).

Beting Patinggi Ali yang berada di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak adalah jelas di dalam perairan ZEE milik Malaysia.

“The Monster” yang merupakan kapal pengawal pantai terbesar di dunia daripada kelas-Zhaotou itu dilaporkan kembali ke perairan Beting Patinggi Ali pada 18 Feb lalu bagi menggantikan rakannya, kapal pengawal pantai China, CCG 5303.

Sebelum ini, kehadiran kapal pengawal pantai gergasi milik China di sekitar Beting Patinggi itu dilaporkan telah dipantau (shadow) oleh kapal Littoral Mission Ship (LMS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Keris.

Kapal CCG 5901 “The Monster” yang seolah-olah mencabar hak Malaysia di perairan ZEE miliknya sendiri di sekitar Beting Patinggi Ali itu telah dibina pada 2016 oleh Jiangnan Shipyard di Shanghai.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) dan kedudukannya di perairan Sarawak.

 

Berkemampuan meluncur selaju 25 knot, kapal gergasi itu telah digunakan oleh Beijing sejak seawal 2017 untuk melakukan rondaan di Laut China Selatan “bagi mempertahankan hak-hak maritim China.”

Dengan berat yang mencecah 12,000 tan itu, saiz kapal pengawal pantai China CCG 5901 adalah lebih besar daripada kapal-kapal perang destroyer kelas-Arleigh Burke atau kapal perang cruiser kelas-Ticonderoga Tentera Laut Amerika Syarikat.

Walaupun hanya kapal pengawal pantai, tetapi saiz “The Monster” itu adalah kira-kira 30 peratus lebih besar daripada kapal-kapal perang kelas-Arleigh Burke dan Ticonderoga Tentera Laut Amerika Syarikat .

Walaupun saiz “The Monster” itu adalah amat besar, tetapi sistem persenjataannya utamanya hanyalah meriam 76mm, dua lagi meriam sampingan berkemungkinan 30mm dan sebuah helikopter.

Beting
(Gambar Fail)

 

Selain itu, “The Monster” juga dipercayai membawa beberapa buah pesawat tanpa pemandu dan Underwater Surveillance Vehicle (USV).

Saiz CCG 5901 yang amat besar itu membuatkan kehadirannya di mana-mana lokasi di Laut China Selatan itu diberikan perhatian serius oleh negara-negara littoral perairan itu, kerana ia secara simboliknya menggambarkan saiz negara China itu sendiri serta tekanan dan “kekuasaan” sebuah negara besar terhadap negara-negara jirannya yang jauh lebih kecil. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...