Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-35 Jerman Bakal Bawa Bom Nuklear “B-61”

Pesawat F-35 yang bakal diperolehi oleh Jerman akan dilengkapi dengan kemampuan "khas" iaitu membawa bom-bom nuklear Amerika Syarikat yang disimpan di Jerman sejak tahun 80-an dan menggugurkannya ke "sasaran", sekiranya berlaku konflik nuklear di benua tersebut.

4,510

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Mac lepas, kerajaan Jerman mengumumkan bahawa ia akan membelanjakan US$8.4 bilion (RM33.6 bilion) untuk mendapatkan 35 buah pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin untuk menggantikan pesawat Panavia Tornado yang digunakan oleh Tentera Udara negara itu yang juga dipanggil “Luftwaffe.”

Pesawat-pesawat F-35 Udara Jerman apabila ia beroperasi kelak (jangkaan 2026)  bakal mempunyai satu “tugas khas” yang tidak mampu dilakukan oleh pesawat-pesawat pejuang lain negara itu.

Apakah tugas khas yang perlu dipikul oleh pesawat F-35 Jerman apabila ia beroperasi kelak?

Tornado
Pesawat Panavia Tornado Tentera Udara Jerman

 

Pesawat F-35 yang bakal diperolehi oleh Jerman akan dilengkapi dengan kemampuan “khas” iaitu membawa bom-bom nuklear Amerika Syarikat yang disimpan di Jerman sejak tahun 80-an dan menggugurkannya ke “sasaran”, sekiranya berlaku konflik nuklear di benua tersebut.

Malah Berlin dipercayai memilih F-35 kerana pesawat itu berkemampuan membawa bom-bom nuklear berbanding pesawat F/A-18E/F Super Hornet yang juga ditawarkannya, tetapi tidak berkemampuan membawa bom-bom nuklear.

Dipercayai kira-kira 20 butir bom nuklear “B-61” (thermonuclear gravity bomb) milik Amerika Syarikat disimpan di pangkalan tentera udara Jerman di Buechel yang terletak di negara Rhineland-Palatinate.

Pangkalan udara di Buechel itu turut menempatkan pesawat-pesawat Panavia Tornado milik Luftwaffe.

Nuklear

Selain Jerman, Amerika Syarikat turut menempatkan bom-bom nuklear miliknya di Belgium, Itali, Belanda serta Turki dan sekiranya konflik nuklear berlaku,pesawat-pesawat tentera udara negara terbabit akan dilengkapi dengan bom-bom nuklear milik Amerika dan mengugurkannya di sasaran “musuh.”  

 

Pada  ketika ini, hanya pesawat Panavia Tornado milik Tentera Udara Jerman berkemampuan membawa bom-bom nuklear Amerika Syarikat itu, tetapi pesawat yang dibangunkan oleh syarikat Panavia Aircraft GmbH bakal dibersarakan tidak lama lagi dan digantikan dengan F-35.

Syarikat Panavia GmbH itu merupakan konsortium antara British Aerospace daripada Britain, MBB daripada Jerman Barat dan Aeritalia daripada Itali dan pesawat Tormado itu mula diterbangkan pada pertengahan tahun 70-an.

Tornado

Pesawat pejuang itu mula diperkenalkan oleh Tentera Udara Jerman Barat pada 1979.

Pentadbiran Jerman mahu menamatkan perkhidmatan 93 buah pesawat Panavia Tornado miliknya yang digunakan khusus untuk tugas-tugas Interdiction/Strike diantara tahun 2025 hingga tahun 2030 dan menggantikannya dengan pesawat generasi kelima keluaran Amerika Syarikat itu.

Sebab itulah pesawat F-35 yang bakal dioperasikan Jerman di dalam tempoh beberapa tahun akan datang ini perlu bersedia untuk “memikul” tanggungjawab besar daripada pesawat Panavia Tornado dalam membawa bom nuklear dan menggugurkannya di sasaran.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bagaimanapun selagi Jerman belum menerima F-35, tanggungjawab membawa bom-bom nuklear itu akan terus dipikul oleh pesawat Tornado miliknya.

Menurut Lockheed Martin, pesawat F-35 Block 4 berkemampuan membawa bom-bom nuklear B-61.

Selain memiliki 93 buah pesawat pejuang Panavia Tornado, Luftwaffe juga dilengkapkan dengan 141 buah pesawat Eurofighter Typhoon yang dikhususkan untuk tugas-tugas Air-To-Air Combat. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

 

Comments are closed.