Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Bakal Perolehi 12 Buah Pesawat Mirage 2000-5 Milik Qatar?

Indonesia dikata mahu menjadikan pesawat Mirage 2000-5 yang ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Qatar itu sebagai pesawat latihan bagi membiasakan juruterbangnya  dengan pesawat pejuang buatan Perancis.

0 4,385

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara jiran, Indonesia dikhabarkan sedang menimbang untuk membeli 12 buah pesawat pejuang Mirage 2000-5 yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Qatar.

Menurut sebuah laman web Perancis “Intelligence Online”,  Indonesia mahu menjadikan pesawat Mirage 2000-5 itu sebagai pesawat latihan bagi membiasakan juruterbangnya  dengan pesawat pejuang buatan Perancis.

Ini kerana Indonesia tidak pernah mengoperasikan pesawat pejuang buatan Perancis dan memikirkan ia perlu membiasakan diri dengan mengoperasikannya, sebelum ia mengendalikan pesawat pejuang Rafale dipesannya daripada Dassault Aviation.

Qatar
Pesawat Mirage 2000-5 Qatar

ika berita ini benar, maka Indonesia akan menambah satu lagi pesawat pejuang di dalam armada tentera udaranya, selepas memperolehi pesawat pejuang Rafale dan (kemungkinan) F-15EX bagi menambah lagi kekuatan udaranya yang kini bersandarkan kepada pesawat pejuang Su-30 dan Hawk. 

Pada Februari lepas, Indonesia menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale, yang akan dibeli secara dua fasa iaitu enam buah pesawat (tahap 1) dan 36 buah pesawat pada fasa kedua.

Pada Sept, Jakarta telah melakukan pembayaran ansuran pertama kepada syarikat Dassault Aviation bagi enam buah pesawat Rafale daripada 42 buah yang ia cadang perolehi.

Mirage

Bayaran ansuran itu menandakan kontrak pembelian pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang ditandatangani pada Februari lepas di Jakarta telah diaktifkan secara rasmi.

Jakarta dijangka menerima pesawat Rafale yang pertama daripada enam buah itu tiga tahun selepas kontrak diaktifkan iaitu pada tahun 2025.

Indonesia dijangka menggunakan varian sedia ada iaitu Rafale FR3.

Tentera Udara Qatar menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang satu enjin yang dibangunkan oleh Dassault Aviation itu pada 2021, tidak lama selepas ia memperolehi 36 buah pesawat pejuang Rafale pada 2015 dan 2017.

Qatar cuba menjualkan pesawat Mirage 2000-5 miliknya, dengan beberapa negara menunjukkan minat terutamanya Bulgaria selepas ia menyerahkan pesawat-pesawat Su-25 dan MiG-29 miliknya kepada Ukraine.

Bagaimanapun, kini nama Indonesia pula tiba-tiba sebagai negara yang bakal membeli pesawat Mirage 2000-5 milik Tentera Udara Qatar.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi daripada Kementerian Pertahanan Indonesia walaupun media-media di republik itu telah pun mewar-warkannya.

Indonesia pernah ditawarkan pesawat pejuang Mirage pada 2009 tetapi ditolak kerana kos penyelenggaraanya yang tinggi.

Selain memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale di dalam varian dua tempat duduk (12 buah) dan satu tempat duduk (30 buah), Jakarta juga dikatakan bakal menjadi pelanggan terbaru pesawat F-15EX keluaran Amerika Syarikat.

Pada Februari lepas, Indonesia turut menerima kelulusan daripada Washington untuk memperolehi sehingga 36 buah varian pesawat F-15 yang terbaru iaitu “EX” yang dianggarkan bernilai di sekitar US$14 billion (RM56 bilion). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...