Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Algeria Beli Dron “Aksungur” Turki, Ganti Dron China Yang “Bermasalah”

Usaha China untuk muncul sebagai antara negara pengeksport senjata utama dunia seiring dengan Amerika Syarikat dan Russia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara pengguna dron kombat keluarannya terutama di Timur Tengah dan Afrika Utara mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaannya, walaupun baru sahaja membelinya.

0 2,594
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Algeria menjadi negara pertama di Afrika Utara membeli sistem pesawat tanpa pemandu-Medium Altitude Long Endurance (MALE) “Aksungur” selepas ia memesan enam buah sistem itu yang dibangunkan oleh syarikat daripada Turki, dipercayai bagi menggantikan dron-dron buatan China yang sering “berhadapan dengan masalah.”
Dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI), Aksungur adalah sistem UAV jarak sederhana yang mampu membawa muatan untuk misi-misi ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) serta serangan dan berkeupayaan terbang selama 24 jam (untuk misi ISR) serta lebih 12 jam untuk misi serangan.
Berkemampuan terbang setinggi 25,000 kaki, Aksungur adalah varian kepada sistem UAV Anka yang juga dibangunkan oleh TAI.
Aksungur
Sistem UAV Aksungur boleh dikonfigurasi kepada tiga varian berlainan termasuk ISR, serangan darat dan rondaan maritim.
Ia boleh membawa tiga muatan berlainan dengan mengintergrasikan electro-optical (EO), infra-red (IR), laser designator (LD)/laser range finder camera, synthetic aperture radar (SAR) dan sensor ground moving target indication-inverse synthetic aperture radar (GMTI-ISAR).
Aksungur juga boleh dilengkapkan dengan  pelbagai sistem persenjataan udara ke darat.
Setiap sayapnya mempunyai tiga hardpoints untuk membawa pelbagai senjata seberat 500kg.
Sistem persenjataan yang mampu dibawa oleh Aksungur termasuk Teber-81 (bom panduan laser Mk81), Teber-82 (bom panduan laser Mk-82), L-UMTAS, MAM-L, roket CIRIT, MAM-C, HGK-3, KGK (82) dan small diameter bomb.
Aksungur
Teber Laser Guidance Kit dengan bom Mk-82

 

Algeria telah meningkatkan kemampuan UAV dengan membeli pelbagai sistem UAV MALE daripada pelbagai negara terutamanya China.
Sistem-sistem UAV China yang diperolehi oleh Algeria termasuklah CH-3, CH-4B, CH-5 dan WING LOONG II selain beberapa sistem UAV buatan tempatan.
Pada tahun 2018, Kementerian Pertahanan Algeria telah memaparkan dua buah sistem UAV buatan China di dalam hangar.
Perolehan sistem-sistem UAV buatan China ini membuatkan Algeria di antara beberapa negara di Afrika Utara yang mengerahkan dron-dron kombat buatan negara Asia itu, dibelakang Nigeria dan Mesir.
Pada 2019, Kementerian Pertahanan Algeria menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa sistem UCAV (Unmanned Combat Aerial Vehicle) El Djazair 54 dan El Djazair 55 telah digunakan dalam misi-misi serangan terhadap kedudukan militan di dalam negara itu.
El Djazair 54
Dron milik Tentera Algeria “El Djazair 54”

 

Itu merupakan kali pertama di mana Kementerian Pertahanan Algeria mengumumkan penggunaan sistem UAV untuk misi-misi serangan.
Sistem UCAV El Djazairs 54 dan 55 merupakan sistem pesawat tanpa pemandu tempatan yang direkabentuk hasil daripada sistem UAV Yahbon Flash 20 dan United 40 dibangunkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Awal tahun ini, sebuah sistem pesawat tanpa pemandu ASN-209 buatan China milik Algeria telah terhempas di M’sila di Algeria.

 

Usaha China untuk muncul sebagai antara negara pengeksport senjata utama dunia seiring dengan Amerika Syarikat dan Russia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara pengguna dron kombat keluarannya terutama di Timur Tengah dan Afrika Utara mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaannya, walaupun baru sahaja membelinya.

CH-4
Salah sebuah dron CH-4 keluaran China yang terhempas di sebuah pangkalan udara di timur Algeria.

 

Tindakan negara-negara terbabit menghentikan penggunaan dron kombat keluaran China itu telah menjejaskan imej Beijing sebagai negara pengeluar senjata utama dunia, menimbulkan persoalan sama ada produk-produk pertahanan keluaran negara itu reliable.

Menurut laporan-laporan media, laporan terbaru mengatakan Jordan telah bertindak menjual semula dron kombat (UCAV) CH-4B keluaran China walaupun negara Timur Tengah itu baru sahaja membelinya kira-kira dua tahun lepas.

Puncanya adalah kerana “Jordan tidak berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh dron terbabit” dan mahu menghentikan penggunaannya serta menjualnya, menurut tentera Jordan kepada portal berita pertahanan antarabangsa, Shepard Media.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dron kombat CH-4B itu telah dibangunkan oleh China Academy of Aerospace Aerodynamics, sebuah entiti dibawah China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC).

Pihak tentera Jordan dikatakan membeli sehingga enam buah dron kombat CH-4, yang rekabentuknya adalah hampir sama dengan dron Predator buatan Amerika Syarikat.

Laporan media antarabangsa juga mendakwa Iraq telah membeli 10 buah dron kombat CH-4 itu daripada China tetapi negara pengeluar minyak itu hanya mampu menerbangkan hanya satu daripada 10 dron terbabit disebabkan masalah penyelenggaraan yang serius. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

Comments
Loading...