Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bimbang Peningkatan Ancaman Korea Utara, Korea Selatan Tambah Lagi 20 Buah F-35A

Agensi perolehan aset pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Agency (DAPA) mengumumkan pembelian 20 buah pesawat F-35A bernilai US$5.06 bilion (RM22.7 bilion) di bawah Foreign Military Sales (FMS) dua hari lepas.

3,630

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan peningkatan ancaman ketenteraan daripada Korea Utara, Korea Selatan telah menambah pemilikan 20 buah lagi pesawat pejuang F-35 bagi menjadikan keseluruhan pesawat generasi kelima itu yang dimilikinya kepada 60 buah.

Agensi perolehan aset pertahanan Korea Selatan, Defense Acquisition Agency (DAPA) mengumumkan pembelian 20 buah pesawat F-35A bernilai US$5.06 bilion (RM22.7 bilion) di bawah Foreign Military Sales (FMS) dua hari lepas.

“Perjanjian akhir perolehan pesawat F-35A dengan syarikat Lockheed Martin telah ditandatangani pada 8 Disember lalu,” menurut agensi itu dan menambah bahawa pesawat pejuang generasi kelima itu dikenali memiliki kemampuan pertahanan dan prestasi radar yang tinggi.

Ia juga berkata bahawa Korea Selatan bakal menerima kumpulan pertama 20 buah pesawat pejuang F-35A bermula daripada tahun 2027.

Sejak tahun lepas, Korea Utara telah melancarkan kira-kira 100 ujian pelancaran peluru berpandu yang boleh membedil sasaran sehingga ke Amerika Syarikat.

Peluru berpandu ballistik nuklear antara benua (Intercontinental Ballistic Missile – ICBM) “Hwasong-15” yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 13,000km hanya memerlukan 33 minit untuk membedil Amerika Syarikat.

F-35A

Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah memberikan respons terhadap provokasi Pyongyang itu dengan meningkatkan lagi latihan-latihan tentera bersama serta penempatan aset-aset tentera strategik Amerika seperti kapal pengangkut pesawatnya, pesawat-pesawat pengebom serta kapal-kapal selam membawa peluru berpandu nuklear berhampiran Korea Selatan. 

Pesawat-pesawat tambahan F-35A milik Korea Selatan itu dijangka memiliki prestasi tambahan termasuk peningkatan kemampuan respons ancaman, fungsi keselamatan/encryptions dan kemampuan operasi bersenjata berbanding pesawat-pesawat F-35A dimilikinya sebelum ini.

“Pesawat-pesawat F-35A yang bakal dimiliki itu akan memiliki ruangan persenjataan yang 1.5 kali ganda lebih besar berbanding pesawat terdahulu dan dilengkapi dengan persenjataan moden seperti bom pintar GBU-56 (L-JDAM).”

Peluru Berpandu
Peluru berpandu jarak dekat Korea Utara “KN-23”

 

“Pesawat F-35A itu beroperasi bukan sahaja dengan Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) tetapi juga di 17 buah negara lain, berjumlah lebih daripada 1,000 pesawat pejuang F-35. Ia adalah pesawat pejuang yang telah terbukti daripada segi prestasinya,” menurut pegawai kanan DAPA.

Seoul mula menerima 40 buah pesawat F-35 dipesannya bermula pada tahun 2019 hingga 2021, bagaimanapun sebuah daripada pesawat itu terpaksa dilupuskan selepas ia terlanggar burung dalam satu insiden tahun lepas.

Kos pembaikan pesawat F-35A yang terlibat dengan insiden pelangaran burung itu dianggarkan menelan belanja RM400 juta. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: [email protected]

 

Comments are closed.