Pesawat Pejuang F-16 “Tiga Bintang Hijau” Amerika Dikerah Ke Timur Tengah
Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, pesawat F-16 yang "istimewa" dengan Tail Number 2137 dan tiga bintang bewarna Hijau itu telah turut dikerah ke rantau Timur Tengah yang menarik perhatian penganalisis pertahanan serantau.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk memastikan ia berkemampuan menangani peningkatan ancaman oleh Iran dan Russia di Timur Tengah, Amerika telah mengerahkan tambahan pesawat-pesawat pejuang dan kapal perangnya ke rantau bergolak itu.
Hampir sedozen pesawat pejuang generasi kelima F-35 dan pesawat pejuang lain milik Amerika Syarikat serta kapal penyerang amfibia bersama ribuan anggota Marin telah dikerah ke Timur Tengah untuk untuk berhadapan dengan Iran dan Syria.
Turut dikerah oleh Washington ke rantau itu adalah sebuah pesawat pejuang F-16 yang dianggap amat istimewa oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, pesawat F-16 dengan Tail Number 2137 dan tiga bintang bewarna Hijau itu telah turut dikerah ke rantau Timur Tengah yang menarik perhatian penganalisis pertahanan serantau.
Bintang Hijau itu adalah kill mark yang diperakui oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
Pesawat pejuang F-16 dengan Tiga Bintang Hijau itu merupakan sebahagian daripada 555th Expeditionary Fighter Squadron yang telah dikerah ke CENTCOM daripada pangkalan udara Aviano di Itali.
Pesawat dengan Tail Number 2137 adalah istimewa berikutan pencapaian selepas terlibat dalam misi udara ketika konflik di Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1994.
Semasa misi NATO ketika konflik di Bosnia-Herzegovina itu, pesawat F-16 istimewa telah berjaya menembak jatuh tiga pesawat pejuang musuh hanya dalam satu misi.
Ia juga menandakan kejayaan sebuah pesawat pejuang Amerika Syarikat menembak jatuh tiga buah pesawat musuh dalam satu misi sejak Perang Korea.
Jurucakap Tentera Udara Amerika Syarikat AFCENT Kolonel Mike Andrews mengesahkan kepada majalah Air & Space Forces tentang kejayaan pesawat F-16 dengan Tail Number 2137 ketika beroperasi pada konflik di Bosnia-Herzegovina.
Comments are closed.