Tindakan Amerika Undur Skuadron F-15C/D Di Jepun Dipersoal
Penganalisis pertahanan bimbang tindakan Amerika Syarikat mengundurkan pesawat pejuang F-15C/D milik daripada Pangkalan Udara Kadena di Jepun itu akan menggalakkan China untuk meningkatkan kehadiran tenteranya dan bertindak lebih agresif di Indo-Pasifik.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat dilapor mahu mengundurkan dua skuadron pesawat pejuang F-15C/D miliknya yang berpengkalan di Okinawa, Jepun pada penghujung tahun depan.
Penganalisis pertahanan bimbang tindakan Amerika Syarikat itu akan menggalakkan China untuk meningkatkan kehadiran tenteranya dan bertindak lebih agresif di Indo-Pasifik.
Kesemua pesawat-pesawat pejuang F-15C/D milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu ditempatkan di pangkalan udara Kadena, Okinawa sejak tahun 1979 ketika Perang Dingin sedang memuncak.
Menurut akhbar Financial Times, kesemua pesawat F-15C/D yang ditempatkan di Kadena secara tetap sejak lebih 30 tahun yang lalu akan digantikan dengan penempatan pesawat-pesawat pejuang secara “bergilir-gilir” (rotational).
Menurut Komander Pacific Air Forces Jeneral Kenneth Wilsbach, pengunduran pesawat-pesawat F-15C/D itu berkemungkinan besar akan digantikan dengan F-15EX, yang merupakan varian pesawat pejuang itu yang terkini.
Bagaimanapun, itu pun masih tidak dapat dipastikan lagi.
Sementara itu, penganalisis-penganalisis pertahanan Jepun dan Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan terhadap langkah terbaru yang diambil oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
Kebimbangan mereka sebahagian besarnya disebabkan kegagalan pihak Amerika menggantikan pesawat-pesawat F-15 itu dengan kehadiran pesawat pejuang lain yang ditetapkan secara tetap di Pangkalan Udara Kadena.
Mereka bimbang pengunduran pesawat F-15 itu bakal memberikan signal yang salah kepada China.
“Mesej kepada China adalah Amerika tidak serius dalam menangani kelemahan di dalam angkatan teneteranya,” kata bekas naib komander Pacific Air Forces David Deptula kepada akhbar Financial Times itu.
Ia bakal menggalakkan China untuk mengambil tindakan yang “drastic,” kata beliau.
Bekas pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Christopher Johnstone yang kini bekerja dengan badan pemikir, CSIS pula berkata, pengunduran pesawat pejuang F-15 itu berlaku pada waktu yang salah, pada ketika tumpuan seluruh dunia pada Taiwan.
Ia memberikan signal yang membimbangkan tentang komitmen Washington, katanya.
Walaupun Tentera Udara Amerika Syarikat masih mempunyai dua buah skuadron F-16 di Pangkalan Udara Misawa di Pulau Honshu, tetapi pesawat F-15 dianggap lebih berkemampuan kerana ia boleh membedil sasaran lebih jauh, sesuatu yang mampu dilakukan oleh pesawat F-16.
Kemampuan pesawat pejuang F-15 Amerika Syarikat yang ditempatkan di Kadena amat ditagih kerana pesawat-pesawat tentera China kini semakin aktif beroperasi di kawasan sekeliling Taiwan.
Pesawat-pesawat China kini beroperasi lebih jauh sehingga ke Asia Tenggara dan Laut China Timur.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Selain kemungkinan menempatkan F-15EX secara bergilir-gilir di Kadena selepas dua skuadron F-15C/D diundurkan, terdapat laporan juga mengatakan bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat akan menempatkan pesawat F-22 Raptor di Kadena itu.
Walaupun penempatannya di Jepun itu adalah secara bergilir-gilir, namun pesawat F-22 adalah calon paling sesuai kerana kemampuannya di dalam aspek pertempuran udara.
Namun tindakan menempatkan F-22 Raptor di Kadena itu juga dipertikaikan kerana dikatakan hanya separuh daripada 125 buah pesawat pejuang air-dominance itu berkemampuan dikerah pada bila-bila masa. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments are closed.