Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Cari Tempat Untuk Bina Pangkalan Laut Di Seluruh Dunia

Komander Tentera Amerika Syarikat di Afrika memberitahu pembuat undang-undang negara itu bahawa China baru sahaja menyiapkan pembesaran jeti yang boleh menempatkan kapal pengangkut pesawat.

0 1,724

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – China sedang membesarkan pangkalan tentera lautnya di Djibouti, Afrika yang mampu menampung kehadiran sebuah kapal pesawat pengangkut.

Komander Tentera Amerika Syarikat di Afrika memberitahu pembuat undang-undang negara itu bahawa China baru sahaja menyiapkan pembesaran jeti yang boleh menempatkan kapal pengangkut pesawat.

Komander U. S Africa Jen Stephen Townsend berkata tentera China membesarkan pangkalan tentera lautnya di Djibouti yang terletak bersebelahan dengan pelabuhan laut dalam dimilikinya di negara Afrika itu.

Beliau juga berkata China sedang mencari lokasi-lokasi lain di seluruh dunia untuk menempatkan pangkalan lautnya.

“Pangkalan tentera China di luar negara yang pertama dan satu-satunya (pengkalan tentera mereka) adalah di Afrika dan mereka telah membesarkannya dengan menembah jeti yang mampu menampung kapal pengangkut pesawat pada masa depan. Mereka juga melihat peluang-peluang untuk menempatkan pangkalan tentera di benua-benua lain, “kata Townsend.

Pangkalan laut China di Djibouti mula dibuka secara rasmi pada 2017.

Ia dibangunkan untuk menyokong misi anti-pelanunan China di luar pantai Somalia di Teluk Aden tetapi telah dibesarkan untuk menjadi pusat bekalan bagi kapal-kapal negara itu seperti kapal amfibiaType 075 atau kapal pengangkut pesawat Type 002.

Sehingga Oktober tahun lepas, imej-imej satelit komersial telah menunjukkan usaha China untuk membesarkan pangkalan laut di Djibouti dengan menambah jeti.

Dalam satu laporan pada Mei tahun lepas, dilaporkan jeti sepanjang 1,120 kaki jeti cukup panjang untuk menampung kapal pengangkut pesawat China yang terbaru, assault carriers atau kapal-kapal perang yang besar.

Jeti di pangkalan laut China di Djibouti itu juga mampu menampung empat daripada kapal-kapal selam berkuasa nuklear negara itu.

Pangkalan laut China di Djibouti itu terletak berhampiran di Bab el Mandeb, yang merupakan pintu masuk kepada Laut Merah daripada Teluk Aden dan major chokepoint kepada laluan trafik ke Terusan Suez dan Laut Mediterranean.

— DEFENCE SECURITY ASIA
Comments
Loading...