Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lagi Kapal Tentera Asing Lakukan Latihan Di Laut China Selatan

Kehadiran kapal-kapal perang daripada negara-negara bukan littoral Laut China Selatan seperti Amerika Syarikat, Perancis, Kanada dan Jerman, British serta Belanda (pertengahan tahun ini) hanyalah bermotif satu perkara.

0 3,100

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Laut China Selatan memang amat sibuk kebelakangan ini dengan kehadiran banyak kapal perang daripada pelbagai negara.

Kehadiran kapal-kapal perang daripada negara-negara bukan littoral Laut China Selatan seperti Amerika Syarikat, Perancis, Kanada dan Jerman, British serta Belanda (pertengahan tahun ini) hanyalah bermotif satu perkara.

Motifnya adalah untuk memastikan Laut China Selatan itu kekal bebas sebagai laluan perkapalan dan perdagangan  antarabangsa tanpa ada mana-mana negara bertindak untuk menguasainya atau memiliknegara perairan yang amat penting itu kepada seluruh dunia.

Sasaran utama kapal-kapal perang negara-negara Barat itu adalah China yang cuba menguasai Laut China Selatan menerusi Nine Dash Line dan membolot segala kekayaan yang ada di dalam perut perairan itu.

Setiap tahun lebih daripada US$3 trillion nilai perdagangan dunia menggunakan laluan di Laut China Selatan, membuktikan kepentingan laluan itu kepada perdagangan dunia.

Mana-mana negara yang menguasai Laut China Selatan, maka ia yang menguasai sebahagian besar perdagangan dunia.

Terbaru,  kapal perang kelas-Mistral Amphibious Assault Ship Tentera Laut Perancis “FS Tonnerre” dan dua buah kapal tentera laut diraja Australia, friget HMAS Anzac dan kapal bantuan (replenishment) HMAS Sirius mengadakan latihan di Laut China Selatan.

Sudah semestinya, China tidak suka mana-mana negara mengadakan latihan di Laut China Selatan dan dipandang dengan penuh syak-wasangka.

FS Tonnerre merupakan kapal seberat 21,000 tan Marine Nationale itu ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Perancis pada 2006 dan berkemampuan membawa sehingga 35 helikopter.

HMAS Anzac pula adalah kapal friget kelas-Anzac yang mula ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Australia pada 1996.

Memiliki berat 3,100 tan, kapal friget itu membawa peluru berpandu Harpoon, torpedo dan sebuah helikopter Sikorsky SH-60.

Tentera Laut Australia memiliki lapan buah kapal friget kelas-Anzac.

Manakala HMAS Sirius pula adalah fleet replenishment vessel yang diubahsuai daripada kapal tangki pada asalnya.

Ia dibina di Korea Selatan dan diubahsuai di Australia.

HMAS Sirius mula memasuki perkhidmatan pada 2006.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...