Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lebih Banyak Senjata Pintar Amerika Gagal Berfungsi Akibat “Jamming” Sistem EW Russia

Pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) mengesahkan kepada media negara itu bahawa bom-bom pintar yang dibekalkan oleh Washington kepada tentera Ukraine gagal mengenai sasarannya akibat “diganggu” (jamming) oleh sistem peperangan elektronik (Electronic Warfare – EW) tentera Russia.

0 17,482

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sistem artilleri berketepatan tinggi buatan Amerika Syarikat 155mm M982 “Excalibur” yang dibekalkan kepada tentera Ukraine dilaporkan gagal membedil sasarannya dengan tepat selepas “diganggu” (jamming) oleh sistem peperangan radio-elektronik Russia, “Polye-21”.

Laporan oleh media Amerika Syarikat, Forbes menyatakan bahawa sistem peperangan radio-elektronik Russia itu telah menggangu sistem Global Positioning System (GPS) sistem artilleri itu, menyebabkann bedilannya jauh tersasar.

Menurut laporan media Barat pada April lalu,  pihak tentera Amerika Syarikat telah membekalkan kira 3,000 peluru artilleri berketepatan tinggi “Excalibur” kepada tentera Ukraine untuk digunakan membedil sasaran Russia.

Tentera Ukraine mengakui ketepatan peluru artilleri “Excalibur” dalam membedil aset-aset tentera Russia dan meminta pertambahan bekalan peluru-peluru artilleri itu.

Namun apa yang menggusarkan Amerika Syarikat adalah harga sebutir peluru artilleri “Excalibur” yang mencecah sehingga US$100,000 (RM450,000) berbanding hanya US$3,000 (RM13,500) sebuah bagi peluru artilleri 155mm tidak berpandu.

Amerika
“Excalibur”

 

Seorang penganalisis ketenteraan berkata, konflik Ukraine-Russia telah menonjolkan kemajuan teknologi persenjataan dikedua-dua belah pihak terutamanya Russia yang telah berjaya mengubah kedudukan di medan peperangan.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh pihak British Mei lalu, sistem peperangan elektronik Russia telah menyebabkan kira-kira 10,000 dron yang digunakan oleh tentera Ukraine gagal berfungsi.

Dalam satu lagi laporan oleh Royal United Services Institute, pihak tentera Russia secara strategiknya telah meletakkan sistem peperangan elektronik mereka 10km sepanjang 1,200km sempadannya dengan Ukraine pada konfliki ini.

Sistem-sistem peperangan elektronik Russia itu bertanggungjawab “menembak jatuh” dron-dron Ukraine itu.

Kejayaan sistem-sistem peperangan elektronik Russia menganggu sistem GPS senjata dan bom pintar Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang baru kerana pegawai-pegawai kanan Pentagon turut mengakuinya.

Laporan rahsia oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) yang didedahkan kepada umum pada April lepas telah menyatakan kebimbangan mereka berkenaan kegagalan bom-bom pintar (smart bombs) yang dibekalkan kepada tentera Ukraine dalam memusnahkan sasaran tentera Russia.

Amerika

Pegawai-pegawai Pentagon mengesahkan kepada media negara itu bahawa bom-bom pintar yang dibekalkan oleh Washington kepada tentera Ukraine telah gagal mengenai sasarannya akibat “diganggu” (jamming) oleh sistem peperangan elektronik (Electronic Warfare – EW) tentera Russia.

Sistem peperangan elektronik Russia telah menganggu (jamming) signal GPS (Global Positioning System) yang digunakan oleh bom-bom pintar, menyebabkan kegagalan bom-bom itu mengenai sasaran mereka.

Amerika Syarikat telah membekalkan bom-bom pintar terdiri daripada bom JDAM-ER (Joint Direct Attack Munitions-Extended Range) kepada tentera Ukraine bagi membolehkan mereka menyerang sasaran tentera Russia dengan lebih tepat daripada jarak yang lebih jauh.

Laporan rahsia Pentagon yang didedahkan kepada awam minggu lepas itu memberi contoh bagaimana pesawat-pesawat pejuang Ukraine telah menggugurkan sembilan buah bom pintar JDAM-ER tetapi empat daripadanya gagal menemui sasaran selepas signal GPS bom itu “diganggu” oleh peperangan elektronik tentera Russia.

Laporan itu menyatakan kadar bom-bom pintar itu mengenai sasarannya adalah amat rendah berbanding daripada apa yang dijangkakan mereka, membuktikan bahawa kesan sistem peperangan elektronik tentera Russia terhadap keberkesanan bom pintar dibekalkan oleh Amerika Syarikat itu adalah amat tinggi.

Krasukha
“Krasukha EW”

Amerika

Selain bom-bom pintar seperti JDAM dan JDAM-ER, sistem peperangan elektronik tentera Russia juga telah mengakibatkan roket-roket pintar dilengkapi sistem GPS yang dilancarkan sistem HIMARS dibekalkan kepada tentera Ukraine untuk gagal berfungsi dengan baik.

Tidak dapat dinafikan bahawa tentera Russia memiliki antara sistem peperangan elektronik paling berkeupayaan di dunia serta anggota yang berpengalaman untuk mengendalikannya.

Laporan-laporan media sememangnya mengesahkan bahawa tentera Russia berusaha menganggu sistem GPS digunakan oleh musuhnya sebagai sebahagian daripada kempen ketenteraannya di Ukraine.

Pegawai tentera Ukraine mendedahkan bahawa gangguan daripada sistem peperangan elektronik Russia amat kuat di bahagian timur dan beberapa bahagian di selatan Ukraine.

Ukraine juga mendakwa bahawa dron-dron miliknya yang digunakan untuk memantau sasaran tentera Russia termasuk sistem artileri telah diganggu dengan hebat oleh sistem peperangan elektronik tentera Russia. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...