Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anak Syarikat Destini Bhd Terima Kontrak Tambahan Drp MINDEF

Kumpulan itu memaklumkan kepada Bursa pada 9 Julai 2020 bahawa ia dianugerahkan kontrak oleh MINDEF untuk membekalkan bahagian pesawat bukan proprietari kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui anak syarikat, Destini Prima.

0 4,179

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Anak syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Prima Sdn Bhd menerima kontrak tambahan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang membabitkan kenaikan nilai siling kontrak daripada RM121 juta kepada RM181.5 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata pihaknya berbesar hati menerima kontrak tambahan dengan nilai siling yang dinaikkan, dengan tarikh tamat kontrak yang sama.

Kontrak itu bermula pada 1 Julai 2020 dan berakhir pada 30 Jun 2023.

Kumpulan itu memaklumkan kepada Bursa pada 9 Julai 2020 bahawa ia dianugerahkan kontrak oleh MINDEF untuk membekalkan bahagian pesawat bukan proprietari kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui anak syarikat, Destini Prima.

Destini Prima adalah sebahagian daripada 30 syarikat tempatan yang dikenal pasti oleh MINDEF untuk menerima surat lantikan itu, yang pada asalnya mempunyai nilai siling gabungan kira-kira RM121 juta.

Destini
Pix credit Destini Bhd

 

Pada Januari tahun lepas, Destini Prima turut memperoleh dua kontrak daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM89 juta untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan membekalkan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kontrak pertama merupakan lanjutan daripada kontrak sedia ada, iaitu menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, membaiki dan membaik pulih (MRO) serta membekalkan peralatan berkaitan keselamatan dan kelangsungan hidup untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kontrak kedua pula melibatkan perkhidmatan MRO dan membekalkan peralatan berkaitan keselamatan dan kelangsungan hidup untuk Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang dengan nilai kontrak RM0.99 juta.

MD530G
Dua buah helikopter MD530G milik Tentera Darat pada latihan kuasa tembak baru-baru ini. (kredit tentera darat)

 

Destini Bhd merupakan syarikat tempatan yang terlibat dengan perolehan enam buah helikopter penyerang ringan, MD530G buatan syarikat MD Helicopters yang berpengkalan di Arizona, Amerika Syarikat.

Pada awal 2017, Destini mengambilalih 70 peratus kepentingan dalam sebuah syarikat pembekalan helikopter tentera, yang telah diberikan kontrak bagi membekalkan enam buah helikopter peninjau bersenjata bernilai RM321.9 juta kepada Tentera Darat Malaysia. 

Malaysia menandatangani perjanjian pembelian enam buah helikopter itu pada tahun 2016. — DSA 

MD530G

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...