Adakah Indonesia Kini Berkongsi Sempadan Maritim Dengan China?
Apa yang dipersoalkan oleh penganalisis serantau adalah kenyataan Panglima TNI Laksamana Yudo Margono yang dipetik oleh portal cnnindonesia.com pada 10 Feb lepas menimbulkan persoalan – adakah Indonesia kini memiliki sempadan (perbatasan) maritim dengan China (Tiongkok) di Laut China Selatan?
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada 10 Feb lepas, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Yudo Margono mengatakan pihaknya akan melaksanakan operasi pengamanan perbatasan kawasan perairan Laut China Selatan miliknya yang digelar Laut Natuna Utara bermula daripada tahun ini.
Dipetik sebagai berkata oleh portal cnnindonesia.com, beliau berkata, perancangan operasi pengamanan perbatasan itu telah pun dimaklumkan kepada presiden republik itu Joko Widodo.
“Kemarin sudah saya sampaikan ke Presiden, mulai tahun ini kita adakan operasi yang sifatnya pamtas, pam perbatasan.”
“Di situ kan ada perbatasan dengan Tiongkok (China), Vietnam, ada Malaysia, kita susun khusus untuk melaksanakan pamtas (pengamanan perbatasan),” kata Yudo sebagaimana dipetik oleh cnnindonesia.com ketika ditemui oleh wartawan negara itu di Museum Satria Mandala, Jakarta pada 9 Feb lalu.
Apa yang dipersoalkan oleh penganalisis serantau adalah – adakah Indonesia memiliki sempadan (perbatasan) dengan China di Laut China Selatan?
Ya, Indonesia memiliki sempadan dengan perairan dengan Vietnam dan Malaysia di Laut China Selatan. Tetapi China?
Ia adalah suatu “perkembangan” yang baru di mana Indonesia dan China berkongsi sempadan di Laut China Selatan, “sesuatu” yang tidak diketahui oleh negara-negara serantau yang lain.
Adakah Indonesia kini mengakui tuntutan China terhadap Laut China Selatan sebagaimana yang terkandung dalam “Nine Dash Line”?
Seorang felo penyelidik di S.Rajaratnam School of International Studies di Singapura Collin Koh @CollinSLKoh menyifatkan kenyataan oleh Yudo itu amat pelik, sambil melontarkan persoalan sama ada Indonesia kini berkongsi sempadan maritim dengan China.
Beliau juga bertanya sama ada kenyataan Panglima TNI kini melanggar pendirian rasmi kerajaan Indonesia.
“Remarks by TNI chief Yudo Margono come across as bizarre to me: 1) Indonesia shares a border with PRC? Wouldn’t this contravene official position? 2) foreign ships free to traverse EEZ so long not extracting resources, what about unauthorized MSR?,” tanya beliau di dalam ciapan menerusi akaun Twitter miliknya pada 12 Feb yang lalu.
Dalam penerangan ringkas mengenai latarbelakang dalam akaun Twitter-nya, Collin mengatakan pengkaji yang fokus berkenaan hal ehwal tentera laut, keselamatan maritim dan geo-politik di Asia Tenggara serta Laut China Selatan. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com