Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Didakwa Guna Vaksin COVID-19 Untuk Tekan Ukraine Berhubung Isu Xinjiang

Menurut para diplomat sebagaimana dipetik oleh agensi berita AP berkata, Ukraine menyertai kenyataan lebih 40 negara di Human Right Council, Geneva yang meminta China supaya segera membenarkan kemasukan pemerhati bebas hak asasi manusia ke Xinjiang.

0 1,210

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China didakwa mengancam untuk menghentikan penghantaran vaksin COVID-19 ke Ukraine selepas negara Eropah Timur itu menyokong usaha antarabangsa supaya pemerhati hak asasi manusia diberikan akses ke wilayah autonomi Xinjiang.

Menurut para diplomat sebagaimana dipetik oleh agensi berita AP berkata, Ukraine menyertai kenyataan lebih 40 negara di Human Right Council, Geneva yang meminta China supaya segera membenarkan kemasukan pemerhati bebas hak asasi manusia ke Xinjiang.

Kenyataan itu dibawa oleh Kanada.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa mendakwa China bertindak kejam terhadap masyarakat Uighur di Xinjiang termasuk memenjarakan kira-kira 1 juta etnik yang beragama Islam di “pusat-pusat pembelajaran semula” (re-education centres) di wilayah itu.

Bagaimanapun pada Khamis lepas, Ukraine dikatakan bertindak mengeluarkan namanya daripada senarai nama negara-negara yang menyokong kenyataan itu selepas China mengancam untuk menahan penghantaran vaksin COVID-19 yang dihasilkannya ke negara Eropah Timur.

xinjiang

Ukraine sebelum itu telah bersetuju untuk membeli sejumlah 1.9 juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat SinoVac daripada China.

Inilah yang dinamakan sebagai “Vaksin Diplomasi” yang sedang giat dilakukan oleh negara-negara pengeluar vaksin, “sumbangan” yang kononnya dilakukan di atas faktor kemanusiaan sejagat tetapi sebenarnya adalah usaha untuk menekan dan memaksa negara lain supaya “toe the line” dan mengikut telunjuknya.

Baru-baru kini, kita juga menerima sumbangan 500,000 dos vaksin daripada China dan tak lama lagi dikatakan Jepun akan menyumbang 1 juta dos vaksin AstraZeneca daripada Jepun.

Adakah ia benar-benar “sumbangan” ikhlas atau bakal disusuli dengan syarat-syarat tertentu?

Menurut agensi berita itu lagi, China sememangnya diketahui sentiasa menekan negara-negara lain supaya “menyokong” kenyataan-kenyataan olehnya tentang sesuatu isu atau “mengelak” daripada menyokong kenyataan yang tidak berpihak Beijing, terutamanya berkenaan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang dan wilayah lain.

Diplomat-diplomat antarabangsa mengatakan Ukraine berhadapan dengan tekanan yang amat kuat daripada Beijing supaya menarik balik sokongannya terhadap kenyataan oleh Human Right Council berkenaan Xinjiang.

Duta Kanada Leslie Norton dalam satu kenyataan berkata, laporan-laporan kukuh menunjukkan kira-kira satu juta orang etnik Uighur kini ditahan di Xinjiang.

Katanya, terdapat juga laporan-laporan juga diterima tentang berlakunya mengatakan penyeksaan, rogol, layanan tidak berperikemanusiaan atau hukuman, sterilisasi secara paksa dan lain-lain di China.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...