Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bimbang Kereta Kebal Challenger 2 Ditawan Russia, Britain Kenakan “Syarat” Pada Ukraine

Laporan menyatakan kerajaan Britain telah meminta jaminan daripada Ukraine bahawa kereta kebal Challenger 2 itu tidak dikerah ke kawasan-kawasan pertempuran kerana bimbang ia akan ditawan oleh tentera Russia atau dimusnahkan oleh tentera musuh, sekaligus membolehkan Russia merungkil segala "rahsia" tentang kereta kebal kebanggaan Britain itu.

0 6,653

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun sebanyak 14 buah kereta kebal Challenger 2 milik Britain dilaporkan telah dihantar ke Ukraine beberapa bulan lepas, namun sehingga kini tiada kelibat kereta kebal itu dapat dikesan  di mana-mana barisan hadapan di negara Eropah Timur itu.

Dan ini menimbulkan rasa “hairan” di kalangan media-media Britain, yang mempersoalkan dimanakah kereta kebal itu telah “hilang”, walaupun imej-imej kereta kebal Challenger itu telah menunjukkan bahawa ia sudah berada di bumi Ukraine.

Menurut satu artikel ditulis oleh Lt Kol Steward Crawford dalam akhbar Daily Express,  pada ketika ini tidak satu bukti sahih untuk menunjukkan bahawa kereta kebal utama canggih itu telah berada di bumi Ukraine.

Ukraine
Challenger 2

 

Pendapat beliau itu telah disokong oleh seorang koresponden perang terkenal, Jonathan Beale yang menyatakan bahawa hasil pemeriksaanya dengan dua pegawai tinggi tentera Ukraine menunjukkan kereta kebal Challenger itu tidak berada di negara itu.

Crawford menyatakan bahawa kemungkinan kereta kebal itu belum lagi dikerah di medan aktif peperangan dan mungkin berada di kawasan lain.

Katanya, Britain mungkin tidak mahu mengerah kereta kebal kebanggaannya itu ke medan peperangan untuk berhadapan dengan tentera Russia kerana beberapa sebab.

“Britain mungkin tidak mahu kereta kebal Challenger itu terdedah kepada serangan-serangan dron berani mati atau periuk api Russia,  suatu cabaran yang bukan hanya dihadapi oleh kereta kebal Britain itu tetapi juga dialami oleh kereta kebal Leopard Jerman.

Pada Julai lalu, laporan-laporan muncul mengatakan tentera Ukraine berhadapan dengan masalah untuk memperkenalkan kereta kebal Challenger itu ke medan peperangan, disebabkan pelbagai syarat ketat yang diletakkan oleh kerajaan British itu.

Laporan menyatakan kerajaan Britain telah meminta jaminan daripada Ukraine bahawa kereta kebal Challenger 2 itu tidak dikerah ke kawasan-kawasan pertempuran kerana bimbang ia akan ditawan oleh tentera Russia atau dimusnahkan oleh tentera musuh, sekaligus membolehkan Russia merungkil segala “rahsia” tentang kereta kebal kebanggaan Britain itu.

Challenger

Awal tahun ini, akhbar British dalam laporannya menyatakan bahawa kerajaan negara telah merangka satu pelan tentang cara bagaimana hendak memindahkan kereta kebal itu daripada Ukraine sekiranya ia berhadapan dengan kemungkinan dimusnah atau ditawan oleh tentera Russia.

Kedua-dua pihak iaitu Britiain dan Ukraine dikatakan telah merancang satu pelan tentang bagaimana untuk “menyelamatkan” kereta kebal Challenger itu daripada tentera Russia.

Britain dikatakan mahu Ukraine memberikan jaminannya bahawa kereta kebal Challenger itu akan ditempatkan di suatu lokasi yang selamat sekiranya ia berhadapan dengan ancaman Russia.

Apa yang paling membimbangkan pihak Britain adalah armor kereta kebal Challenger itu yang disifatkan sebagai satu rahsia yang perlu dikawal ketat.

Kereta kebal Challenger itu dilengkapi dengan armor komposit yang canggih, diperbuat daripada bahan-bahan seperti uranium, ceramic dan besi. 

Kebimbangan Britain tentang “rahsia-rahsia” yang bakal dicungkil oleh pihak Russia sekiranya kereta kebal Challenger itu ditawan adalah sama sebagaimana dihadapi oleh Amerika Syarikat apabila ia menghantar kereta kebal Abrams ke Ukraine tidak lama lagi.

Challenger

Amerika Syarikat dikatakan telah bertindak “menanggalkan” komponen-komponen sensitif daripada kereta kebal utama M1A1 Abrams sebelum kereta kebal itu dihantar ke Ukraine untuk berhadapan dengan tentera Russia.

Washington berbuat demikian bagi mengelak komponen-komponen senstitif itu jatuh ke tangan tentera Russia sekiranya kereta kebal M1A1 Abrams itu ditawan di medan konflik di Ukraine.

nurut pegawai-pegawai tentera Amerika yang dipetik oleh akhbar USA Today berkata tindakan itu adalah untuk memastikan komponen sensitif milik kereta kebal utama Amerika Syarikat itu tidak dieksploitasi oleh pihak tentera Russia untuk kegunaan mereka pula.

Amerika pada mulanya bercadang menghantar kereta kebal M1A2 Abrams, tetapi menukar kepada varian M1A1 yang kurang canggih berbanding varian selepas itu.

Kedua-dua varian kereta kebal itu menggunakan meriam 120mm yang sama tetapi varian M1A2 memiliki beberapa penambahbaikkan termasuk di dalam sistem pembidik sasarannya.

Sebagaimana sistem-sistem persenjataannya yang lain, Amerika “menyimpan” teknologi terkini untuk anggota tenteranya manakala untuk sekutu dan pelanggannya, ia memberikan teknologi yang tidak secanggih dimiliki oleh anggota tenteranya. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...