Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Tanggung Kos Operasi Pesawat F-35 Sebanyak US$1.5 Trillion (RM7 Trillion) Sehingga 2088

Kos untuk menanggung operasi keseluruhan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang digunakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat sehingga tahun 2088 dimana  akan "dibersarakan" --  dijangka akan melebihi US$1.5 trillion (RM7 Trillion).

0 4,979

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kos untuk menanggung operasi keseluruhan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, F-35 yang digunakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat sehingga tahun 2088 dimana  akan “dibersarakan” —  dijangka akan melebihi US$1.5 trillion (RM7 Trillion).

Menurut agensi pemantau kerajaan Amerika Syarikat dipanggil Government Accountability Office (GAO) yang mengeluarkan laporan kos tanggungan operasi (sustainment) pesawat F-35 itu berkata, kos tanggungan operasi pesawat pejuang F-35 negara itu telah meningkat 44 peratus sejak 2018.

Cabang-cabang Amerika Syarikat mula menggunakan pesawat pejuang F-35 yang datang dalam tiga varian iaitu “A” (konvensional), “B” (VSTOL) dan “C” (operasi kapal pengangkut pesawat) pada tahun 2015.

GAO berkata, peningkatan kos operasi itu disebabkan keputusan pihak tentera Amerika Syarikat untuk memanjangkan tarikh penamatan perkhidmatan pesawat-pesawat itu darpada 2077 hingga 2088.

Sementara itu pejabat pemantau itu juga mengakui bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat merancang untuk mengurangkan lagi jumlah penerbangan pesawat-pesawat F-35 miliknya, berlainan daripada apa yang dirancang sebelum ini.

“Pihak GAO juga mendapati bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mahu mengurangkan jumlah penerbangan F-35 daripada perancangan awal, sebahagian besar adalah disebabkan isu-isu berkenaan ‘reliability’ pesawat pejuang itu sendiri.

F-35C
Pesawat F-35C dengan kepaknya yang boleh dilipat bagi membolehkannya beroperasi di kapal pengangkut pesawat.

 

“Kami (GAO) secara konsisten mendapati bahawa pesawat F-35 dioperasi oleh angkatan tentera negara itu tidak memenuhi sasaran kesiapsiagaannya, yang diukur menerusi ‘mission capable rates’ ,” kata GAO.

Ia juga berkata bahawa banyak masalah telah menyebabkan pesawat-pesawat F-35 milik Amerika Syarikat itu berhadapan dengan isu kesiapsiagaan yang rendah termasuk “kebergantungan yang tinggi terhadap kontraktor, kekurangan latihan, kekurangan data teknikal, kekurangan alat ganti, kekurangan alat bantuan,” menurut laporan oleh GAO itu.

Sementara itu Joint Project Office (JPO) yang mengendalikan program pengurusan jangka-hayat (life-cycle) pesawat pejuang F-35 milik Jabatan Pertahanan Amerika pula berkata ia telah berjaya mengurangkan kos operasi pesawat itu menerusi pelbagai usaha.

Jurucakapnya Russ Goemaere berkata usaha-usaha dijalankannya untuk mengurangkan kos operasi telah menyaksikan antaranya kos setiap jam penerbangan pesawat F-35 itu jatuh daripada US$87,000 (RM408,000) kepada US$34,000 (RM159,000) daripada tahun 2014 hingga ke tahun 2022.

Menurut GAO lagi, Jabatan Pertahanan Amerika bergantung kepada syarikat Lockheed Martin yang membangunkan pesawat F-35 itu untuk menguruskan program tanggungan kos operasi (sustainment) dan telah meningkatkan kawalan kerajaan terhadap program itu dalam usahanya untuk mengurangkan kos dan meningkatkan prestasi pesawat.

F-35

Pentagon telah mengkaji untuk mengakplikasi kontrak lojistik berdasarkan kepada prestasi dengan syarikat Lockheed dimana syarikat itu akan dibayar berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian serta bukan hanya alatganti dan perkhidmatan.

Bagaimanapun, Pentagon pada tahun lepas telah menggantung rundingan dengan syarikat Lockheed berkenaan isu tanggungan kos operasi pesawat pejuang F-35 itu. 

“Kami (Lockheed Martin) bersedia untuk bergandingan dengan kerajaan ketika kita menwujudkan pelan tangggungan kos operasi untuk mengekalkan tahap kesiapsiagaan dan deterren untuk F-35 pada masa sekarang dan untuk tempoh sehingga pesawat F-35 itu tamat perkhidmatannya pada 2088,” kenyataan syarikat Lockheed Martin.

Sementara itu GAO juga menyatakan bahawa Pentagon tidak melaksanakan pelbagai cadangan yang dikemukakanya di dalam isu tanggungan kos operasi pesawat pejuang F-35 itu.

Daripada proses rekabentuk sehinggalah tahun 2088 dimana pesawat F-35 itu dijangka akan dibersarakan, program tanggungan kos operasi pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat itu dijangka menelan belanja kos sebanyak US$2 Trillion (RM9.8 Trillion) yang merupakan suatu peningkataan berbanding jangkaan program tanggungan kos operasi sebelum yang dianggarkan sebelum ini sebanyak US$1.7 Trillion (RM7.96 Trillion).  — DSA

 

 

Comments
Loading...