10 Briged (Para) Pertingkat Keupayaan Aturgerak Guna A400M TUDM
Tujuan utama adalah untuk meningkatkan keupayaan aturgerak kedua-dua perkhidmatan bagi tujuan operasi dan latihan. Sebelum ini penerjunan bebas menggunakan pesawat A400M telah dilaksanakan oleh 10 Bgd (Para) bermula dari Eks TACOP pada bulan Mac 2022.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dalam usaha membangunkan keupayaan taktikal pesawat A 400M, 10 Briged (Para) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Trial Paratrooper Static Jump bermula 21 hingga 24 Nov 23.
Tujuan utama adalah untuk meningkatkan keupayaan aturgerak kedua-dua perkhidmatan bagi tujuan operasi dan latihan.
Sebelum ini penerjunan bebas menggunakan pesawat A400M telah dilaksanakan oleh 10 Bgd (Para) bermula dari Eks TACOP pada bulan Mac 2022.
Kajian Trial Paratrooper Static Jump telah bermula pada bulan Feb 2023 melalui pengarahan yang telah dikeluarkan oleh Panglima Operasi TUDM.
Bermula dengan fasa Comparative Study bagi mengkaji kesesuaian Paracut jenis MC1-1D dengan Paracut jenis EPC.
Kemudiannya Feasibility Study bagi meneliti proses penerjunan keluar dari pesawat serta Risk Assessment Matrix Analysis.
Akhir sekali adalah fasa Live Drop melibatkan bundle drop sebagai simulasi kepada penerjun (weight load) dan diikuti penerjunan sebenar dari anggota bersama kelengkapan.
Pelaksanaan penerjunan ini telah melibatkan koordinasi dan kerjasama dari 10 Bgd (Para) seramai 7 Pegawai dan 98 LLP, PASKAU (TUDM) seramai 3 Pegawai dan 20 LLP serta juruterbang dan krew A 400M dari No. 8 Skn TUDM bertempat di Pangkalan Udara Kuantan.
Penerjunan ini telah dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan sortie planning dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Kerjasama yang erat ini juga menepati Penumpuan Ketiga Perintah Ulung PTD ke – 30 iaitu Kebersamaan dan Kebolehoperasian antara TDM dan TUDM serta menepati salah satu daripada enam ciri-ciri Angkatan Masa Hadapan.
– MK 10 Bgd (Para).
DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact: [email protected]
Comments are closed.