Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Lancar “Sarmat/Satan”, Laung Amaran Pada Musuhnya

Peluru berpandu thermonuclear setinggi 35 meter dan seberat 200 tan itu boleh menembusi apa sahaja sistem pertahanan udara dan membedil mana-mana sasaran di dunia sejauh di antara 18,000 hingga 20,000km.

0 1,524

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketika konflik bersenjata di antara Russia dan Ukraine semakin sengit, Moscow telah melancarkan peluru berpandu ballistik antara benua dipanggil “RS-28 Sarmat atau Satan” yang disifatkan oleh Presiden Vladimir Putih sebagai “paling berbahaya di dunia.”

Peluru berpandu thermonuclear setinggi 35 meter dan seberat 200 tan itu boleh menembusi apa sahaja sistem pertahanan udara dan membedil mana-mana sasaran di dunia sejauh di antara 18,000 hingga 20,000km.

Bercakap dalam siaran televisyen, Presiden Russia Vladimir Putin menyifatkan peluru berpandu itu akan memastikan “keselamatan negara itu daripada sebarang ancaman luar” dan memaksa musuhnya untuk berfikir dua kali kepada mana-mana pihak yang mengancam Russia.

Sarmat

Putin berkata peluru berpandu balistik itu adalah amaran Russia kepada musuh-musuhnya.

Kementerian Pertahanan Russia pula berkata peluru berpandu ballistik “Sarmat” itu merupakan peluru berpandu paling berbahaya di dunia dengan jarak bedilan paling jauh, yang akan meningkatkan lagi kekuatan kombat pasukan peluru berpandu negara itu.

Ia juga berkata pelancaran peluru Sarmat itu telah dilakukan di Plesetsk Cosmodrome di Wilayah Arkhangelsk,yang terletak kira-kira 800km di utara bandaraya Moscow.

Dalam ujian pelancaran itu, peluru berpandu balistik itu berjaya mengenai sasarannya yang terletak di Semenanjung Kamchatka sejauh kira-kira 6,000km.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Laksamana John Kirby berkata Washington tidak menyifatkan pelancaran peluru berpandu balistik sebagai satu ancaman kepadanya dan sekutu-sekutunya.

Sarmat

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Katanya, rakyat Amerika Syarikat tidak perlu bimbang kerana Pentagon sentiasa bersedia.

Kirby juga berkata Moscow telah memaklumkan mengenai pelancaran “Sarmat” kepada pihak Amerika Syarikat bagi memastikan tidak berlakunya sebarang “miscalculations” yang boleh membawa kepada malatpetaka. –DSA

 

Comments
Loading...