Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Bayraktar TB2 Muncul Dron Pertama Berlepas, Mendarat Di Dek Penerbangan Pendek Kapal

(VIDEO) Pada 19 November lalu, dron Bayraktar TB2 keluaran firma Turkiye itu telah dilancarkan dari landasan kapal TCG Anadolu, melaksanakan penerbangan ujian selama 46 minit di Laut Aegean dan Laut Mediterranean.  Misi oleh dron Bayraktar TB2 itu menandakan satu pencapaian penting dalam teknologi penerbangan dan maritim dunia.

2,699
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu detik yang bersejarah kepada dunia penerbangan antarabangsa, dron STOL (Short Take Off Landing) Bayraktar TB2 yang dibangunkan oleh firma Turkiye, Baykar telah berjaya melakukan perlepasan dan pendaratan daripada kapal “pembawa dron” pertama dunia (drone carrier), TCG Anadolu.
Ia dikatakan sebagai operasi pertama seumpamanya bagi dron di dunia.
Dilancarkan pada April tahun lalu, kapal Amphibious Assault Ship TCG Anadolu adalah kapal terbesar dimiliki oleh Tentera Laut Turkiye dengan berat keseluruhan melebihi 27,000 tan.
Pada 19 November lalu, dron Bayraktar TB2 keluaran firma Turkiye itu telah dilancarkan dari landasan kapal TCG Anadolu, melaksanakan penerbangan ujian selama 46 minit di Laut Aegean dan Laut Mediterranean.
Misi oleh dron Bayraktar TB2 itu menandakan satu pencapaian penting dalam teknologi penerbangan dan maritim dunia.
Keupayaan dron Bayraktar TB3 untuk beroperasi dari platform dek pendek dengan kecondongan 12 darjah milik kapal TCG Anadolu itu menandakan kemajuan besar dalam penerbangan tentera laut.
Selepas berjaya menjalani ujian landasan di atas dek penerbangan TCG Anadolu, dron Bayraktar TB3 telah disahkan untuk penempatan operasi di atas kapal perang tersebut.
Dron STOL (Short Take-Off Landing) Bayraktar TB3 didedahkan pada awam buat pertama kalinya di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul ketika acara teknologi utama Turkiye, Teknofest yang diadakan pada April 27 hingga 1 Mei tahun lepas bersempena dengan sambutan ke -100 tahun Republik Turkiye.
UCAV terbaru Turkiye itu dilengkapi dengan enjin lebih berkuasa buatan industri pertahanan Turkiye dan dilengkapi dengan sistem pendaratan yang diperkukuhkan serta sayap boleh dilipat (foldable wings) bagi membolehkan ia beroperasi di kapal pengangkut dron.
Mengenai spesifikasi teknikal Bayraktar TB3 pula, ia mempunyai panjang sayap 14 meter manakala panjang badannya adalah 8 meter.
Maximum Take-off Weight (MTOW) UCAV itu adalah 1,450kg dan menggunakan enjin PD170 172-kuasa kuda, Bayraktar TB3 mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh 2,000km dan tempoh operasi selama 24 jam tanpa henti.

Bayraktar

Ia mempunyai enam hardpoint dibawah sayapnya bagi membolehkannya membawa pelbagai sistem persenjataan termasuk peluru berpandu pandu anti-kereta kebal, roket berpanduan laser serta bom-bom pintar.
Bayraktar TB3 yang merupakan dron STOL (Short Take-off and Landing) itu telah melakukan penerbangan sulungya di Corlu Flight Training and Test Center.
Selain menjalankan tugas-tugas serangan, UCAV Bayraktar TB3 itu juga berperanan sebagai aset Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) dengan sistem komunikasi Beyond-Line-Of-Sight (BLOS) miliknya.
Selain beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat, UCAV STOL itu juga berkemampuan beroperasi daripada landasan-landasan darat yang pendek (short runways) di mana-mana lokasi sama ada di bandar-bandar besar atau di kawasan pedalaman.
Kapal LHD TCG Anadolu itu sepatutnya mengoperasikan pesawat pejuang generasi kelima F-35B (VSTOL –Vertical Short Take Off and Landing) yang dimiliki oleh Turkiye.
Bayraktar
UCAV Bayraktar TB3 di atas dek TCG Anadolu
Namun disebabkan keputusan Turkiye untuk memiliki sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” daripada Russia, maka Amerika Syarikat telah bertindak mengeluarkan Ankara daripada senarai negara pengguna pesawat F-35 itu.
Pengoperasian Bayraktar TB3 bersama-sama TCG Anadolu akan memberikan kelebihan maritim kepada Turkiye dalam usahanya untuk menjadi kuasa serantau dengan projeksi kuasa (power projection) melangkaui jauh daripada sempadannya.
Dilancarkan pada April lalu, kapal Amphibious Assault Ship TCG Anadolu adalah kapal terbesar dimiliki oleh Tentera Laut Turkiye dengan berat keseluruhan melebihi 27,000 tan dan dijangka akan turut membawa pesawat pejuang tanpa pemandu, “Kizilelma” yang juga dibangunkan oleh Baykar. — DSA

 

Comments are closed.