Bangladesh Bakal Jadi Ahli Terbaru Kelab Negara Pengguna Pesawat Pejuang Rafale?
Kerajaan sementera dipimpin oleh pemenang Anugerah Nobel Mohammad Yunus mahu pemodenan Tentera Udara Bangladesh serta meningkatkan kemampuan pertahanan udaranya, serangan maritim dan operasi serangan balas.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perancis dilaporkan sedang berunding dengan Bangladesh untuk menjual pesawat-pesawat pejuang Rafale kepada negara Asia Selatan itu, sebagaimana dilaporkan oleh media negara Eropah itu.
Kerajaan sementera dipimpin oleh pemenang Anugerah Nobel Mohammad Yunus mahu pemodenan Tentera Udara Bangladesh serta meningkatkan kemampuan pertahanan udaranya, serangan maritim dan operasi serangan balas.
Media-media Bangladesh melaporkan bahawa rundingan di antara kedua-dua negara berada di tahap tertinggi dengan tumpuan rundingan adalah untuk memperolehi dua kumpulan pesawat pejuang Rafale terdiri daripada dua varian berasingan.
Bagi kumpulan pertama, negara Asia Selatan yang bersempadan dengan Myanmar dan India itu merancang untuk memperolehi empat buah varian pesawat pejuang Rafale F3-R terdiri daripada tiga pesawat pejuang dua tempat duduk dan sebuah satu tempat duduk milik Tentera Udara Perancis.
Bagi kumpulan kedua pula, Bangladesh merancang untuk memperolehi lapan buah varian pesawat pejuang Rafale F-4 satu tempat duduk daripada syarikat pembuat pesawat pejuang itu, Dassault Aviation.
Rundingan di antara kedua-dua negara itu membabitkan kerajaan Bangladesh, Kementerian Angkatan Tentera Perancis dan juga syarikat Dassault Aviation yang bertanggungjawab membangunkan pesawat-pesawat baru Rafale.

Comments are closed.