Thailand Bekal 100 buah Kenderaan Perisai First Win 4×4 Kepada Tentera Darat Pakistan
Dibawah Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada September lalu di Islamabad, agensi milik kerajaan Thailand, Thai Defence Industry Company (TDI) akan membekalkan kenderaan perisai First Win 4x4 itu kepada syarikat Pakistan, Heavy Industries Taxila (HIT).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand telah menandatangani perjanjian dengan Pakistan untuk membekalkan Tentera Darat Pakistan dengan 100 buah kenderaan perisai First Win 4×4.
Dibawah Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada September lalu di Islamabad, agensi milik kerajaan Thailand, Thai Defence Industry Company (TDI) akan membekalkan kenderaan itu kepada syarikat Pakistan, Heavy Industries Taxila (HIT).
TDI merupakan syarikat usahasama di antara Defence Technology Institute (DTI) dengan Chaiseri.
Dalam satu kenyataan, ibu pejabat Angkatan Tentera Thailand menyatakan bahawa Memorandum Pesefahaman itu juga akan menyaksikan pemindahan teknologi produksi daripada Thailand kepada syarikat Pakistan,HIT.
Kemasukan klausa pemindahan teknologi dalam perjanjian itu berkemungkinan bakal menyaksikan syarikat Pakistan itu membina kenderaan perisai First Win 4×4 itu di dalam Pakistan.

Syarikat Chaiseri akan membina kumpulan awal kenderaan perisai First Win 4×4 itu terlebih di kemudahannya di Thailand sebelum syarikat Pakistan, HIT itu membina sebahagian besar daripada kenderaan perisai itu.
“Perjanjian untuk menjual kenderaan perisai First Win 4×4 itu membuktikan potensi teknologi kenderaan perisai Thailand dalam pembangunan Tentera Darat Pakistan.,” menurut kenyataan Angkatan Tentera Thailand.
Kenderaan perisai First Win 4×4 mempunyai beberapa varian, tetapi varian kenderaan perisai itu yang diperolehi daripada Thailand itu tidak dapat dipastikan.
Kenderaan perisai First Win 4×4 merupakan kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) yang direkabentuk untuk beroperasi dalam pelbagai ancaman di medan peperangan termasuk periuk api dan Improvised Explosive Device (IED).
Kenderaan First Win 4×4 yang mula dibangunkan pada 2009 itu telah dibangunkan oleh Chaiseri Metal & Rubber Company.

