Australia Naiktaraf, Baik Pulih Kemudahan Pangkalan TUDM Butterworth
Pangkalan TUDM Butterworth juga adalah ibu pejabat kepada Integrated Air Defence System (IADS) Five Power Defence Arrangements (FPDA), pelbagai unit TUDM termasuk dua skuadron pesawat pejuangnya iaitu No 15 Skuadron pesawat-pesawat Hawk 208 dan No 8 Skuadron pesawat F/A-18D Hornet.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Australia tahun lepas telah mengumumkan usaha menaiktaraf Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth menerusi peruntukkan yang dianggarkan di antara AUD$60 juta hingga AUD$70 juta (RM180 juta hingga RM210 juta).
Sebagaimana dinyatakan oleh majalah pertahanan Australia Defence Review, projek menaiktaraf Pangkalan TUDM Butterworth yang menempatkan beberapa unit tentera Australia yang berkhidmat di bawah payung Five Power Defence Arrangement (FPDA) itu turut meliputi kerja-kerja membaikpulih landasan tunggal pangkalan udara itu dan pelbagai kemudahan kegunaan bersama yang lain.
Pangkalan udara itu menjadi “rumah” untuk unit-unit tentera Australia terdiri daripada No 19 Skuadron Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), No 92 Wing Detachment Alpha RAAF dan Rifle Company Butterworth.
Pangkalan TUDM Butterworth juga menempatkan ibu pejabat kepada Integrated Air Defence System (IADS), FPDA dan pelbagai unit TUDM termasuk dua skuadron pesawat pejuangnya iaitu No 15 Skuadron pesawat-pesawat Hawk 208 dan No 8 Skuadron pesawat F/A-18D Hornet.
Pangkalan udara di Pulau Pinang itu berfungsi menyokong operasi yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Australia di Asia Tengara, terutamanya Operation Gateway.
Apakah “Operation Gateway”?
Menurut Kementerian Pertahanan Australia, Operation Gateway adalah usaha Angkatan Tentera Australia terhadap usaha-usaha untuk memelihara keselamatan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.
Angkatan Tentera Australia melakukan rondaan-rondaan maritime bahagian utara Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
Beroperasi daripada Pangkalan TUDM Butterworth, Operation Gateway itu adalah aspek yang penting dalam Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia.
Projek menaiktaraf pangkalan udara itu terbahagi kepada dua seksyen yang berbeza – iaitu di antara kemudahan yang disewa oleh Australia dan kemudahan Malaysia.
Usaha-usaha menaiktaraf kemudahan sewaan Austalia itu melibatkan menggantikan dan membaikpulih kemudahan yang telah berusia seperti sistem longkang, air dan kumbahan serta sistem memadam kebakaran terutamanya di Hangar 50 dan 51 juga dinaiktaraf.
Cadangan pembangunan semula kemudahan Malaysia di pangkalan udara itu akan lebih menyeluruh dengan membaikpulih landasan dengan menurap semula lubang-lubang dan pelbagai usaha-usaha membaikpulih kemudahan yang lain bagi memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa.
Kontrak akan dianugerahkan pada pada Januari dengan kerja-kerja dijangka bermula tidak lama selepas itu.
Tempoh siap kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan-kemudahan itu adalah pada tahun 2025.
Selari dengan kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan di pangkalan udara terbabit, pesawat-pesawat Hawk dan Hornet yang berpengkalan di situ terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke pangkalan udara yang lain. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]
Comments are closed.