Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bangkai Dron Perisikan “MQ-9 Reaper” Amerika Ditemui, Saintis Russia Kaji Teknologinya

Bangkai dron MQ-9 Reaper Amerika di dasar Laut Hitam itu disifatkan sebagai “piala peperangan” (war trophy)  untuk direbut oleh pihak tentera Russia, kerana peralatan elektronik dibawa oleh dron perisikan itu membolehkannya melaksanakan misi-misi pengumpulan maklumat perisikan dilakukan daripada jarak jauh.

0 6,007

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah berjaya menemui serpihan dron MQ- 9 Reaper milik Amerika Syarikat di dasar Laut Hitam pada kedalaman 600 meter dan telah memulakan usaha-usaha mengkaji pelbagai teknologi yang digunakan oleh dron terbabit.

Pada 15 Mac lepas, dron terbabit terhempas di Laut Hitam selepas didakwa “berlanggar” dengan sebuah pesawat pejuang Su-27 Russia ketika ia sedang melakukan misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) di perairan itu.

Dron MQ-9 Reaper itu itu dipercayai sedang memantau tentera Russia di Crimea.

MQ-9 Reaper
Dron MQ-9 Reaper

 

Kapal-kapal serta aset tentera Russia disahkan telah pun berada di lokasi di Laut Hitam di mana dron perisikan MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat terhempas baru-baru ini dalam usaha untuk menaikkannya daripada dasar laut perairan yang dipercayai mempunyai kedalaman sehingga 1,500 meter.

Pegawai daripada ROSTEC State Corp yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri persenjataan dan teknologi tinggi Russia mengesahkan bahawa bangkai dron perisikan MQ-9 Reaper di dasar Laut Hitam amat menarik perhatian industri pertahanan negara itu.

Tentera Amerika Syarikat dan sekutu NATO-nya menggunakan dron MQ-9 Reaper dan pesawat-pesawat pengintip seperti E-3 Sentry Airborne Warning and Control System (AWACS), RC-135 Rivet, E-8 Joint Surveillance Target Attack Radar System (JSTARS) dan RQ-4B  Global Hawk untuk mengumpul maklumat perisikan tentang tentera Russia di Ukraine.

Tentera Russia mengatakan bahawa pesawat-pesawat terbabit berkongsi maklumat perisikan yang didapatinya dengan tentera Ukraine, yang kemudian menggunakannya untuk menyerang kedudukan dan aset tentera Russia sama ada di Ukraine atau Russia.

Aset-aset perisikan Amerika dan NATO itu mengenalpasti “lompong-lompong” sistem radar Russia yang boleh dieksploitasi oleh pihak Ukraine dalam melancarkan serangan-serangan dron.

Russia
Rakaman pesawat Su-27 Russia ketika ia menghampiri dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat sebelum insiden “pelanggaran” di Laut Hitam baru-baru ini.

 

Menurut laporan media Russia, pihak kejuruteraan tentera Russia sedang mengkaji pelbagai teknologi di dron itu seperti navigasi satelitnya, sistem pengumpulan maklumat perisikan elektronik, sistem optikal dan alatan sambungan data.

Saintis-saintis Russia sedang decode teknologi yang terdapat di dalam dron perisikan Amerika itu.

Dalam laporan media Russia itu, ia mendakwa bahawa bangkai dron MQ-9 Reaper berjaya dinaikkan daripada dasar Laut Hitam.

“Pihak Amerika yakin bahawa Russia tidak akan berani ‘menyentuh’ bangkai dron dan merendah-rendahkan kemampuan kami,” kata media itu dan menambah bahawa bangkai dron MQ-9 Reaper itu adalah ‘piala’ yang dibenarkan untuk pihak tentera Russia rebut.

Bangkai dron Amerika itu adalah “piala peperangan” (war trophy)  untuk pihak tentera Russia rebut kerana peralatan elektronik dibawanya membolehkan misi-misi pengumpulan maklumat perisikan dilakukan pada jarak jauh.

Evertsen
Sebuah kapal perang Russia sedang meronda di Laut Hitam.

 

Pakar-pakar Russia katanya, berpeluang mengkaji sistem optoelektronik dron itu, komponen ELINT (Electronic Intelligence), unit microwave, secure satellite communcations dan terminal pertukaran data.

Peralatan ELINT dibawa oleh dron terbabit merekod frekuensi stesen-stesen radar pertahanan udara Russia dan komunikasi radionnya.

Dron MQ-9 Reaper Amerika itu berkemampuan berfungsi sebagai dron perisikan dan pemantauan serta menyerang.

Ia dikawal daripada jarak jauh, sehingga ribuan kilometer menerusi aplikasi kawalan satelit canggih yang menyampai maklumat berkenaan penerbangan daripada stesen kawalannya kepada dron berkenaan.

Satu lagi kebimbangan yang disuarakan oleh pihak tentera Amerika, sekiranya Russia berjaya menaikkan bangkai dron MQ-9 Reaper itu adalah kemungkinan sistem Link 16 yang dipasang pada dron itu dikompromi oleh pihak tentera Russia.

MQ-9 Reaper
Lihat saiz dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat.

 

Sistem Link 16 yang digunakan oleh kesemua aset NATO untuk membolehkan mereka berhubungan antara satu sama lain dengan selamat.

Jika pihak tentera Russia berjaya “menembusi” sistem Link 16 itu, ia bakal memberikan bahaya kepada keseluruhan operasi dan tahap kerahsiaan operasi tentera Amerika Syarikat dan sekutu NATO.

Pihak Amerika Syarikat dan NATO dikatakan sedang membangunkan sistem alternatif Link 16 kerana berpendapat sistem itu berkemungkinan akan dapat di-decode oleh Russia sekirannya ia berjaya menemui bangkai dron MQ-9 Reaper. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...