Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

K’jaan Filipina “Lemah” Dalam Isu Sabah- Kakak Presiden Marcos

Senator Imee Marcos yang juga adalah kakak kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr mahu kerajaan tidak berdiam diri dan menyatakan pendirian mereka terhadap keputusan mahkamah di Perancis memerintahkan Malaysia membayar RM62 bilion kepada kumpulan Sulu.

0 2,000

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Senator Filipina Imee Marcos yang juga adalah kakak kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, telah mengkritik Jabatan Hal Ehwal Luar negara itu di atas apa yang dianggapnya sebagai pendirian “lemah” mereka terhadap isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah.

Dalam satu mesyuarat Suruhanjaya Perlantikan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara, beliau memetik kolum sebuah akhbar yang memanggil Setiausaha Luar Filipina Enrique Manalo sebagai “lemah” kerana berdiam-diri berhubung keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris memerintahkan Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62 bilion) kepada kumpulan Sulu itu.

Malaysia membantah keputusan mahkamah Paris itu dan memperolehi penangguhan perlaksanaan perintah.

Marcos
Senator Imee Marcos dan adiknya Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.

 

“Memandangkan kamu adalah Setiausaha kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, adalah lebih baik jika kamu menyatakan dengan jelas – apakah pendirian anda terhadap isu Sabah,” tanya senator itu kepada Manalo sebagaimana dipetik oleh stesen televisyen negara itu, ABS-CBN News.

Setiausaha Luar Filipina itu menjawab pertanyaan Senator Imee Marcos bahawa Jabatan Hal Ehwal Luar negara itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang tuntutan kumpulan Sulu disebabkan mereka masih mengkaji isu tersebut.

“Kita telah berbincang mengenainya dan Jabatan Hal Ehwal Luar sedang mengkoordinasi tindakan dengan agensi yang lain untuk mengkaji isu ini serta implikasinya. Isu ini membabitkan aspek-aspek perundangan dan politik,” katanya.

Manalo menambah bahawa pandangan daripada agensi-agensi Filipina yang lain adalah penting kerana apabila Jabatan Hal Ehwal Luar negara itu mengeluarkan kenyataan mengenainya isu tuntutan terhadap Sabah itu, ia sudah pasti tentang apakah bentuk implikasinya.

Pada 9 Ogos yang lalu, seorang lagi senator Filipina Robin Padilla pula membidas kerajaan negara itu kerana gagal membantu kumpulan Sulu itu dalam tuntutan mereka berjumlah RM62 bilion terhadap kerajaan Malaysia.

Sulu

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Sementara itu setiausaha akhbar kepada Presiden Filipina, Trixie Cruz-Angeles pula berkata bahawa Presiden Ferdinand Marcos Jr masih belum menyatakan pendiriannya terhadap perkembangan terkini itu.

Bagaimanapun pada tahun 2013 ketika Ferdinand Marcos Jr masih menjadi seorang senator,beliau dilaporkan berkata: “Kita sebagai sebuah republik, mempunyai tuntutan terhadap Sabah sejak 1960-an, kita mempunyai tuntutan bersejarah terhadap Sabah dan itu adalah suatu fakta.”

“Kesultanan Sulu dan rakyatnya adalah warga Filipina dan oleh kerana itu, mereka berhak perlindungan daripada kerajaan Filipina, ia adalah tanggungjawab kerajaan (Filipina) untuk menjaga rakyatnya, “ kata beliau. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

Comments
Loading...