Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] ATM Berminat Peroleh “Kargu”, Dron Kamikaze Dari Turki?

Berita yang amat menarik adalah, “Kargu” juga telah menarik minat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perbincangan telah pun bermula di antara kedua-dua pihak yang berkemungkinan akan menyaksikan “kamikaze dron” buatan Turki itu digunakan di Malaysia.

0 1,908

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang diketahui, Turki kini berada di barisan hadapan dalam pembuatan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV), dengan sistem-sistem seperti Bayraktar TB2 dan Anka yang kini digunakan oleh banyak angkatan tentera seluruh dunia.

Pesawat-pesawat tanpa pemandu buatan Turki telah menunjukkan kemampuan mereka di beberapa konflik yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini, daripada Libya, Syria, Nagorno-Karabakh dan kini di Ukraine.

Sebuah syarikat pertahanan Turki, STM Defense Technologies Engineering turut menawarkan sistem pesawat tanpa pemandu untuk angkatan-angkatan tentera dunia, khususnya dalam memastikan misi-misi anti-terrorisme dan peperangan tidak simetri berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

Dipanggil “Kargu”, ia adalah “Kamikaze Drone” atau “Loitering Munitions” menggunakan kipas (rotary-wing) bagi membedil sasarannya secara otonomi (autonomous) tanpa sebarang keperluan hubungan dengan ground station.

Ia menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk mencari dan memusnahkan sasarannya.

Malah akhbar terkenal Amerika Syarikat, The New York Times dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga pernah bercerita tentang kehebatan “Kargu” pada 2021 mengenai insiden yang berlaku pada 2020 di Libya.

Ia menceritakan bagaimana “Kargu” telah menyerang kedudukan atau pegawai tinggi panglima perang Libya Khalifa Haftar tanpa menggunakan sebarang kawalan daripada ground station atau pengendali.

Diprogramkan untuk beroperasi dalam mode otonomi tanpa kawalan pengendali, “Kargu” telah membedil sasarannya.

Kargu Kamikaze
Dron berani mati “Kargu” ketika digunakan oleh pasukan khas Azerbaijan ketika konflik Nagorno Karabakh.

 

The New York Time dalam laporannya berkata, serangan oleh “Kargu” itu berkemungkinan adalah insiden pertama di mana “kamikaze drone” membedil sasarannya tanpa sebarang kawalan daripada pengendalinya.

Dengan hanya berat 7kg, pesawat tanpa pemandu itu boleh terbang setinggi 500 meter dan selaju 72km sejam manakala radius operasinya pula adalah sehingga 5 km.

“Kargu” boleh beroperasi secara sendirian atau berkumpulan sebanyak 20 buah dron di dalam mode “swarm.” 

STM enggan mendedahkan jenis atau berat bahan peledak yang mampu dibawa oleh “Kargu”, sekadar mengesahkan bahawa ia berkemampuan untuk membawa pelbagai jenis bahan peledak untuk misi-misi yang berlainan.

Kargu Kamikaze

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Kargu” turut digunakan oleh pasukan khas Turki dan unit-unit lain tentera negara itu sejak  2018.

Satu lagi berita yang amat menarik adalah, “Kargu” juga telah menarik minat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perbincangan telah pun bermula di antara kedua-dua pihak yang berkemungkinan akan menyaksikan “kamikaze dron” buatan Turki itu digunakan di Malaysia.

Bagaimanapun,memandangkan ia (versi kamikaze drone) akan kemungkinan digunakan oleh pasukan khas, maka peluang untuk sebarang berita/pengesahan tentang penggunaan “Kargu” oleh ATM adalah amat tipis.

Tapi adalah adalah sesuatu yang baik kerana menunjukkan ATM sentiasa “embrace the latest technology.” — DSA

Comments
Loading...