Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Briged Artileri Roket Lancar ASTROS II Dalam “Eksesais Debu Berapi”

Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) "ASTROS" (Artillery Saturation Rocket System) telah ditauliahkan dalam Rejimen Artileri sejak tahun 2002 dengan kekuatan satu rejimen dan pembentukan rejimen kedua SRLB ASTROS beberapa tahun kemudian menjadikan jumlah sistem artileri roket berganda itu dalam tentera darat meningkat kepada 36 buah kenderaan.

4,386

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Briged Artileri Roket Tentera Darat telah melaksanakan Eksesais Debu Berapi di Lapang Sasar Jementah hari ini yang merupakan latihan di peringkat rejimen bagi pasukan 52 RAD.

Menurut kenyataan media sosial oleh Briged Artileri Roket, objektif utama eksesais ini adalah untuk menguji tahap kesiagaan sub-sistem Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) 52 RAD melalui ujian tembakan.

“Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk membantu 40 MKP melaksanakan  complete round proof (CRP) roket SS 30 dan akhir sekali adalah untuk melatih Bti SRLB 52 RAD dalam memberi bantuan tembakan roket hidup untuk membantu pasukan sahabat,” menurut kenyataan media sosial itu.

ASTROS
(Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat)

 

Secara keseluruhannya, Eksesais Debu Berapi menurut kenyataan media sosial itu, telah berjaya mencapai obkektif yang telah digariskan.

“Eksesais ini juga sejajar dan bertetapan dengan Perintah Ulung (PU) Panglima Bgd Arti Roket ke-8 iaitu SPEAR – S (SMART) mengukuhkan profesionalisme di dalam bidang tugas masing-masing serta bijak membuat keputusan secara Tangkas, Tegas dan Saksama.”

Eksesais itu telah dihadiri oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid, Panglima Briged Artileri Roket Brig Jen Mohd Tawil Haji Daud, Panglima Bgd, Pemerintah pasukan Tp PMBTD serta Pegawai-pegawai Kanan MK PMBTD.

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan media sosial Markas pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, ia menyatakan bahawa eksesais dilaksanakan oleh pasukan-pasukan di bawah naungan Briged Artileri Roket untuk menguji tahap kesiagaan sub-sistem SRLB ASTROS II melalui ujian tembakan roket dan melatih pegawai serta anggota didalam pengendalian sistem tembakan roket.

Tentera Darat memperolehi SRLB ASTROS II daripada firma Avibras, Brazil.

ASTROS
(Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat)

 

Ia telah ditauliahkan dalam Rejimen Artileri sejak tahun 2002 dengan kekuatan satu rejimen dan pembentukan rejimen kedua SRLB ASTROS beberapa tahun kemudian menjadikan jumlah sistem artileri roket berganda itu dalam tentera darat meningkat kepada 36 buah kenderaan.

Sistem artileri ini memberikan TD keupayaan serangan strategik yang mampu menjangkau jarak dari sembilan kilometer (km) sehingga 90km dengan pelancar yang boleh menggunakan roket pelbagai kaliber.

Pada masa sama, sistem lancaran roket berganda ini mampu menyebabkan kemusnahan skala besar pada kawasan sasaran yang dikehendaki seiring dengan nama ASTROS yang bermaksud Artillery Saturation Rocket System.

ASTROS II
Pelancaran roket ASTROS II oleh anggota tentera darat pada Eks Lembing Sakti beberapa tahun tahun lepas. (gambar Tentera Darat)

 

Kesemua roket menggunakan kepala peledak High Explosive (HE) yang mana Tiub pelancar roket pada sistem ASTROS II ini boleh ditukar ganti bersesuaian dengan roket yang digunakan.

Turut dilaporkan, syarikat Brazil, Avibras dikatakan telah membangunkan keupayaan melancarkan peluru berpandu menerusi sistem pelancar ASTROS 2020 dengan jangkauan jarak sehingga 300km. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.