Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan Beberapa Aset TUDM Dalam Proses Akhir – Panglima TUDM

Sebagaimana diumum sebelum ini, TUDM bakal mengoperasikan tujuh aset baru seawal tahun 2024 iaitu pesawat FLIT/LCA, sistem UAS-MALE, pesawat peronda maritim, Long Range Air Defence System, Air Defence Radar, Medium Range Air Defence System dan helikopter utiliti.

0 6,925

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang dalam proses terakhir sebelum melakukan perolehan beberapa aset untuk angkatan itu, selaras dengan pelan Pembangunan Keupayaan 2055 (CAP55).

Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun tidak memberitahu aset-aset yang bakal diperolehi oleh TUDM.

“Seperti mana yang saya telah beritahu sebelum ini, memang TUDM dalam perancangan untuk memenuhi keupayaan pembangunan pelan rancangan Pembangunan Keupayaan 2055 (CAP55), kita dalam perancangan pembelian aset-aset baharu,

Anka
Dron Turki “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TUSAS).

 

“Proses pembelian aset ini masih dalam fasa pelaksanaan terakhir,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 64/2021 di Akademi Tentera Udara Ipoh, hari ini.

Beliau berkata kesemua aset-aset yang bakal diperolehi oleh TUDM itu perlu menjalani pemeriksaan dan penilaian fizikal (On Site Physical Evaluation) di lapangan.

“Perkara itu sedang berlaku pada ketika ini,” kata Panglima TUDM itu.

Walaupun beliau tidak menamakan aset-aset yang sedang menjalani proses perolehan terakhir, bagaimanapun pada Mac lepas Mohd Asghar berkata TUDM bakal mengoperasikan tujuh aset baru seawal tahun 2024 untuk meningkatkan lagi kemampuannya dalam memelihara kedaulatan negara daripada segala anasir.

Sea Guardian
Pesawat Tanpa Pemandu “MQ-9B Sea Guardian”

 

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan perintah ulung beliau sebagai Panglima TUDM Mac lepas itu, beliau berkata antara aset yang bakal dioperasi oleh TUDM bermula pada tahun 2024 itu termasuk pesawat-pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

Perolehan dua aset penting lain iaitu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE-UAS) dan pesawat peronda maritim (MPA) juga dijangka berlaku pada 2024 dan 2025.

Perolehan kedua-dua aset ini amat penting terutamanya dalam usaha memantau sebarang pencerobohan anasir asing di perairan negara terutamanya di Laut China Selatan.

Defence Security Asia sebelum ini pernah melaporkan bahawa skuadron MALE-UAS milik TUDM itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan, yang berkemungkinan menandakan bahawa medan operasi utamanya adalah di Laut China Selatan.

Radar
Radar TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin ini akan ditempatkan di Labuan,

 

“Bagi pesawat tanpa pemandu UAS, ia kini di peringkat penilaian fizikal yang telah disenarai pendek oleh Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan dan proses ini masih berjalan. 

“Perolehan MPA pula masih di peringkat Kementerian Kewangan dan ada beberapa calon (syarikat pesawat) yang telah disenaraikan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Panglima TUDM juga berkata bahawa TUDM akan menerima tiga buah sistem radar pertahanan udara jarak jauh (LORAD) (Long Range Air Defence Radar System) dan satu sistem radar pertahanan udara pada 2024 melalui jalinan kerjasama pertahanan antara negara. 

ATR72
Pesawat MPA “ATR 72 MPA”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Beliau mungkin merujuk kepada pegumuman Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bahawa ia telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

Perolehan aset lain, membabitkan sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) (Medium Range Air Defence System) dan penggantian pesawat helikopter utiliti dengan proses perolehannya dijangka berlaku seawal 2023. — DSA

KM-SAM
Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM yang dibangunkan oleh syarikat LIG Nex1 daripada Korea Selatan.

 

Comments
Loading...